NUFFNANG

Saturday, 19 July 2014

Remaja Masa Kini


Dunia Remaja masa kini : Gajet, Internet, Laman Sosial

Peranan Ibu bapa:-

1. Gajet

- Nasihati anak supaya jangan terlalu obsesif
- Penggunaannya patut dihentikan untuk sementara waktu jika didapati ianya menganggu pembelajaran.

2. Internet
- Awasi penggunaan internet dan senaraikan peraturan yang wajib diikuti. Pamerkan dengan jelas peraturan tersebut.
- Pasang program tapisan.
- Didik penggunaan internet secara berhemah.
- Awasi jerat permainan "on-line"

3. Laman sosial

- Berikan peringatan dan penerangan apa itu penipuan identiti dan penyamaran.
- Pantau penggunaan laman sosial. Beritahu anak-anak supaya penggunaan laman sosial hendaklah jangan sampai mencuri masa belajar.
- Sentiasa berikan didikan dan pengawasan berterusan.

Gejala-gejala negatif:- Berwaspadalah!

1. Rokok

- Remaja paling mudah terpengaruh untuk merokok atas pelbagai sebab.
- Merokok merupakan jalan pintas kepada penyalahgunaan dadah.
- Ibu bapa, guru dan komuniti setempat perlu berusaha menjadi contoh terbaik membenteras gejala merokok.
- Periksa beg sekolah dan pakaian anak-anak untuk mengesan rokok.
- Ketegasan ibu bapa adalah penting. Jika diperlukan, rujuklah anak-anak kepada kaunselor.

2. Alkohol

- Ketagihan kepada alkohol adalah suatu perkara yang sukar diatasi.
- Bendung tabiat anak-anak yang suka berpelesiran dan berseronok.
- Peranan ibu bapa, guru-guru dan komuniti adalah amat-amat diperlukan. Rujuk anak kepada kaunselor.

3. Gejala sosial negatif

- Anak-anak yang terbiar akan lebih mudah terjebak ke dalam kegiatan sosial yang negatif.
- Berilah kasih sayang kepada anak-anak.
- Berilah bimbingan yang berterusan tanpa jemu kepada anak-anak.
- Ingatlah...Tidak terlalu lambat untuk bertaubat dan berubah kepada kebaikan.
- Pupuk dan asuhlah anak-anak dengan sikap bertanggungjawab, bersemangat memburu kejayaan dan mempunyai hala tuju(wawasan)
Ini adalah salah satu cara untuk menghindarkan mereka dari terjebak dalam gejala negatif.
Sumber: Buku Sarana Ibu bapa, Kementerian Pendidikan Malaysia.

No comments:

Post a Comment