NUFFNANG

Sunday, 27 December 2015

SAKIT BELAKANG



Sakit belakang boleh menyerang sesiapa sahaja. Lelaki atau wanita, tua atau muda, berpotensi untuk mengalami sakit pada bahagian belakang. Golongan muda yang berusia dalam 30an lebih banyak duduk, tidak bersukan dan bersenam serta tidak menjaga postur badan dan tulang belakang lebih cenderung mendapat sakit belakang mekanikal. Kaum wanita dalam golongan tua mudah mendapat sakit belakang disebabkan osteoporosis. Wanita yang kerap mengandung juga menyebabkan otot belakang cepat menjadi lemah. Kaum lelaki dalam golongan tua pula biasanya diserang sakit sendi.

Sakit belakang paling kerap berlaku berpunca daripada masalah otot. Seseorang yang tidak mengamalkan cara duduk, berdiri dan bekerja yang betul boleh mendatangkan masalah kepada otot. Sakit pada bahagian belakang cukup menyeksakan dan boleh mengganggu aktiviti dan pekerjaan seharian. Lebih memburukkan keadaan jika aktiviti atau pekerjaan yang anda lakukan menjadi punca sakit belakang bertambah teruk. Antara punca sakit belakang:

1. Jika anda bekerja dengan menggunakan computer untuk jangka masa yang lama, anda sangat berisiko terkena sakit belakang. Menggunakan computer dengan postur duduk yang tidak tepat boleh menyebabkan sakit belakang.

Jika anda berada di depan computer, duduk dengan tegak di atas kerusi. Letakkan bantal lembut di belakang badan untuk memberi sokongan pada tulang belakang dan punggung.

2. Menggunakan telefon bimbit dalam waktu yang lama juga boleh mengundang sakit belakang. Biasanya ketika menggunakan telefon bimbit, seseorang itu akan menundukkan kepalanya. Leher dan badan yang condong ke hadapan menyebabkan postur tubuh tidak betul. Jika keadaan ini berterusan untuk jangkamasa yang lama boleh menyebabkan sakit belakang.

3. Kebiasaan wanita memakai kasut tumit tinggi boleh mengundang sakit belakang. Kasut bertumit tinggi membuatkan tubuh lebih condong ke depan sehingga membuat tulang belakang bekerja lebih kuat.

4. Kebiasaan membawa beg atau barang yang berat dengan cara yang salah boleh menyebabkan sakit belakang. Memikul beban yang berat di atas belakang atau pada bahu untuk jangka masa yang panjang dan kerap boleh mengundang sakit belakang. Cara mengangkat dan membawa beban barang berat yang salah juga merupakan punca sakit belakang.

5. Membongkok adalah posisi tubuh yang buruk bagi badan. Jika pekerjaan atau aktiviti anda memerlukan anda untuk kerap membongkok, anda berkemungkinan besar mandapat sakit belakang. Dengan kerap membongkok untuk jangka masa yang lama, sakit belakang akan bertambah teruk.

6. Orang yang kurang bersenam mudah terkena sakit belakang. Bagi yang sudah terkena sakit belakang juga biasanya akan banyak berehat dan tidak berani untuk lasak bergerak. Sebenarnya, aktif melakukan senaman boleh membantu menghilangkan sakit belakang.

7. Punca sakit belakang juga boleh dikaitkan dengan aktiviti berbasikal. Ia terjadi jika kedudukan basikal tidak tepat dengan postur tubuh ketika anda berbasikal.


Mengubati sakit belakang boleh dilakukan dengan cara berikut:

1. Mengambil ubat sakit belakang

Jika anda berjumpa doctor, doctor akan bekalkan anda dengan ubat nonsteriodal anti-inflammatory drugs (NSAID) yang lebih kuat untuk membantu meredakan rasa sakit. Sangat penting untuk berbincang dengan doctor atau ahli farmasi jika anda sedang mengambil ubat lain, samaada dari farmasi atau ubatan yang dijual secara meluas tanpa preskripsi doctor untuk mengelakkan pengambilan berlebihan bahan aktif tertentu.

2. Temui terapi fizikal

Ahli terapi fizikal boleh mengajar cara duduk, cara berdiri dan bergerak yang betul. Cara yang betul membuatkan tulang belakang anda dalam keadaan selaras dan mengurangkan ketegangan belakang anda. Mereka juga mengajar latihan khusus yang boleh menguatkan otot-otot teras yang menyokong belakang anda. Kajian menunjukkan bahawa jika anda meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan daya tahan otot, maka sakit belakang akan berkurangan. Namun usaha ini perlu berterusan untuk jangkamasa yang agak lama.

3. Jangan rehatkan belakang yang sakit

Berbaring sebenarnya merupakan perkara yang paling teruk yang boleh anda lakukan ketika sakit belakang. Sakit belakang tidak akan bertambah baik, malah boleh menjadi lebih parah dan boleh menyebabkan komplikasi lain. Jika diserang sakit belakang, amat penting untuk anda bangun dan perlahan-lahan mula bergerak. Bersukan menjadi salah satu cara paling berkesan untuk meredakan sakit belakang dengan cepat. Anda boleh cuba berenang atau berjalan santai di sekitar rumah.

4. Pek sejuk dan panas di kawasan sakit

Meletakkan pek ais ke kawasan yang menyakitkan di belakang badan boleh membantu  mengurangkan rasa sakit dan keradangan akibat kecederaan. Boleh lakukan beberapa kali sehari selama 20 minit. Selain itu, boleh juga menggunakan koyok atau ubat tampal pada bahagian belakang badan. Kesan rasa panas dan sejuk boleh mengurangkan kesakitan untuk sementara waktu. Bantak panas atau pek hangat juga boleh membantu mengendurkan otot anda dan meningkatan pengaliran darah yang mengalir ke kawasan yang sakit. Anda boleh juga cuba mandi air suam untuk membantu menenangkan tubuh.

Menjaga postur badan yang tepat adalah penyelesaian untuk mengelakkan sakit belakang. Penjagaan asas postur yang baik ialah mengekalkan kedudukan tulang belakang yang neutral. Tulang belakang yang neutral tidak terlalu membongkok ke depan atau melengkung ke belakang. Perhatikan bagaimana anda boleh menjaga postur badan:

·      Tidur di atas tilam yang kemas dan boleh menyokong belakang anda.
·      Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
·      Kekalkan kedudukan postur badan yang baik ketika duduk dan berdiri.
·      Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang badan dan bengkokkan lutut sahaja.
·      Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
·      Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
·      Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
·      Lunagkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
·      Pegang objek yang berat rapat ke badan anda
·      Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.


Asas penjagaan kesihatan belakang bermula dengan postur yang betul. Kedudukan badan yang tidak betul boleh menyebabkan kesakitan sedia ada menjadi lebih teruk. Lebih serius lagi, ia juga boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih kronik dan sengsara berpanjangan.

BAJU SUPPORT TULANG BELAKANG






                           









Berminat mencuba..wasap 0138726340

Tuesday, 5 May 2015

Blog Untuk Tujuan Pemasaran

Saya banyak mempelajari dari mereka yang berkecimpung sepenuh masa atau pun sambilan bahawa sebenarnya blog berpotensi  besar untuk di tukarkan menjadi mesin yang boleh mendatangkan sumber pendapatan.  Walau pun saya bukan seorang blogger sepenuh masa tetapi saya sangat teruja untuk belajar daripada mereka ini.  Apa yang saya dapati daripada pembacaan bahawa seorang blogger perlu mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian dan maklumat di dalam blog. Ini hasil kajian yang perlu diambil peduli oleh pemilik blog..>>>


Blog Untuk Tujuan Pemasaran