Sakit belakang
boleh menyerang sesiapa sahaja. Lelaki atau wanita, tua atau muda, berpotensi
untuk mengalami sakit pada bahagian belakang. Golongan muda yang berusia dalam
30an lebih banyak duduk, tidak bersukan dan bersenam serta tidak menjaga postur
badan dan tulang belakang lebih cenderung mendapat sakit belakang mekanikal. Kaum
wanita dalam golongan tua mudah mendapat sakit belakang disebabkan
osteoporosis. Wanita yang kerap mengandung juga menyebabkan otot belakang cepat
menjadi lemah. Kaum lelaki dalam golongan tua pula biasanya diserang sakit
sendi.
Sakit belakang
paling kerap berlaku berpunca daripada masalah otot. Seseorang yang tidak
mengamalkan cara duduk, berdiri dan bekerja yang betul boleh mendatangkan
masalah kepada otot. Sakit pada bahagian belakang cukup menyeksakan dan boleh
mengganggu aktiviti dan pekerjaan seharian. Lebih memburukkan keadaan jika
aktiviti atau pekerjaan yang anda lakukan menjadi punca sakit belakang
bertambah teruk. Antara punca sakit belakang:
1. Jika anda
bekerja dengan menggunakan computer untuk jangka masa yang lama, anda sangat
berisiko terkena sakit belakang. Menggunakan computer dengan postur duduk yang
tidak tepat boleh menyebabkan sakit belakang.
Jika anda berada
di depan computer, duduk dengan tegak di atas kerusi. Letakkan bantal lembut di
belakang badan untuk memberi sokongan pada tulang belakang dan punggung.
2. Menggunakan
telefon bimbit dalam waktu yang lama juga boleh mengundang sakit belakang. Biasanya
ketika menggunakan telefon bimbit, seseorang itu akan menundukkan kepalanya.
Leher dan badan yang condong ke hadapan menyebabkan postur tubuh tidak betul.
Jika keadaan ini berterusan untuk jangkamasa yang lama boleh menyebabkan sakit
belakang.
3. Kebiasaan
wanita memakai kasut tumit tinggi boleh mengundang sakit belakang. Kasut
bertumit tinggi membuatkan tubuh lebih condong ke depan sehingga membuat tulang
belakang bekerja lebih kuat.
4. Kebiasaan
membawa beg atau barang yang berat dengan cara yang salah boleh menyebabkan
sakit belakang. Memikul beban yang berat di atas belakang atau pada bahu untuk
jangka masa yang panjang dan kerap boleh mengundang sakit belakang. Cara
mengangkat dan membawa beban barang berat yang salah juga merupakan punca sakit
belakang.
5. Membongkok
adalah posisi tubuh yang buruk bagi badan. Jika pekerjaan atau aktiviti anda
memerlukan anda untuk kerap membongkok, anda berkemungkinan besar mandapat
sakit belakang. Dengan kerap membongkok untuk jangka masa yang lama, sakit
belakang akan bertambah teruk.
6. Orang yang
kurang bersenam mudah terkena sakit belakang. Bagi yang sudah terkena sakit
belakang juga biasanya akan banyak berehat dan tidak berani untuk lasak
bergerak. Sebenarnya, aktif melakukan senaman boleh membantu menghilangkan
sakit belakang.
7. Punca sakit
belakang juga boleh dikaitkan dengan aktiviti berbasikal. Ia terjadi jika
kedudukan basikal tidak tepat dengan postur tubuh ketika anda berbasikal.
Mengubati sakit
belakang boleh dilakukan dengan cara berikut:
1. Mengambil
ubat sakit belakang
Jika anda
berjumpa doctor, doctor akan bekalkan anda dengan ubat nonsteriodal
anti-inflammatory drugs (NSAID) yang lebih kuat untuk membantu meredakan rasa
sakit. Sangat penting untuk berbincang dengan doctor atau ahli farmasi jika
anda sedang mengambil ubat lain, samaada dari farmasi atau ubatan yang dijual
secara meluas tanpa preskripsi doctor untuk mengelakkan pengambilan berlebihan
bahan aktif tertentu.
2. Temui terapi
fizikal
Ahli terapi
fizikal boleh mengajar cara duduk, cara berdiri dan bergerak yang betul. Cara
yang betul membuatkan tulang belakang anda dalam keadaan selaras dan
mengurangkan ketegangan belakang anda. Mereka juga mengajar latihan khusus yang
boleh menguatkan otot-otot teras yang menyokong belakang anda. Kajian
menunjukkan bahawa jika anda meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan daya tahan
otot, maka sakit belakang akan berkurangan. Namun usaha ini perlu berterusan
untuk jangkamasa yang agak lama.
3. Jangan
rehatkan belakang yang sakit
Berbaring
sebenarnya merupakan perkara yang paling teruk yang boleh anda lakukan ketika
sakit belakang. Sakit belakang tidak akan bertambah baik, malah boleh menjadi
lebih parah dan boleh menyebabkan komplikasi lain. Jika diserang sakit
belakang, amat penting untuk anda bangun dan perlahan-lahan mula bergerak.
Bersukan menjadi salah satu cara paling berkesan untuk meredakan sakit belakang
dengan cepat. Anda boleh cuba
berenang atau berjalan santai di sekitar rumah.
4. Pek sejuk dan
panas di kawasan sakit
Meletakkan pek
ais ke kawasan yang menyakitkan di belakang badan boleh membantu mengurangkan rasa sakit dan keradangan akibat
kecederaan. Boleh lakukan beberapa kali sehari selama 20 minit. Selain itu,
boleh juga menggunakan koyok atau ubat tampal pada bahagian belakang badan.
Kesan rasa panas dan sejuk boleh mengurangkan kesakitan untuk sementara waktu.
Bantak panas atau pek hangat juga boleh membantu mengendurkan otot anda dan
meningkatan pengaliran darah yang mengalir ke kawasan yang sakit. Anda boleh
juga cuba
mandi air suam untuk membantu menenangkan tubuh.
Menjaga postur
badan yang tepat adalah penyelesaian untuk mengelakkan sakit belakang.
Penjagaan asas postur yang baik ialah mengekalkan kedudukan tulang belakang
yang neutral. Tulang belakang yang neutral tidak terlalu membongkok ke depan
atau melengkung ke belakang. Perhatikan bagaimana anda boleh menjaga postur
badan:
·
Tidur di atas tilam yang kemas
dan boleh menyokong belakang anda.
·
Elakkan diri daripada
ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
·
Kekalkan kedudukan postur badan
yang baik ketika duduk dan berdiri.
·
Apabila mengangkat barang,
tegakkan belakang badan dan bengkokkan lutut sahaja.
·
Pelajari senaman yang boleh
membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
·
Jika memandu, anda perlu
berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
·
Bagi wanita, pakai kasut
bertumit rendah.
·
Lunagkan sedikit masa untuk
berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan
untuk jangka waktu yang lama.
·
Pegang objek yang berat rapat
ke badan anda
·
Apabila duduk di kerusi,
pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki
anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.
Asas penjagaan
kesihatan belakang bermula dengan postur yang betul. Kedudukan badan yang tidak
betul boleh menyebabkan kesakitan sedia ada menjadi lebih teruk. Lebih serius
lagi, ia juga boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih kronik dan sengsara
berpanjangan.
BAJU SUPPORT TULANG BELAKANG
No comments:
Post a Comment