NUFFNANG

Wednesday, 20 December 2017

Pertolongan Allah Akan Datang Bersama Dua Hal Ini

Menghadapi kesulitan luar biasa? Perniagaan terancam bangkrap? Ditimpa penyakit berat? Terjebak dalam masalah rumah tangga yang amat dahsyat? Dianiaya oleh orang yang iri hati dan dengki dengan kita?
Saat membutuhkan pertolongan Allah, kita perlu menyedari bahwa ada cara yang perlu kita tempuh. Jangankan memohon pertolongan pada Allah, minta tolong kepada  manusia saja pasti ada cara dan etikanya kan? Demikian juga ketika kita menginginkan pertolongan Allah, setidaknya ada dua hal yang perlu kita lakukan:
“Mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (yaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya,” (QS. Al-Baqarah: 45-46).
Adakah kita memenuhi dua syarat tersebut? Kerana sesungguhnya pertolongan Allah datang untuk orang-orang yang sabar dan melaksanakan solat.
Sabar
Sabar bukanlah  sekadar ucapan  sabar di bibir tetapi sabar adalah apa yang  Para ulama rahimahumullah menjelaskan bahwa sabar itu ada tiga macam:
i) Sabar dalam ketaatan kepada Allah, yaitu seseorang sentiasa melaksanakan ketaatan
ii)Sabar dari maksiat Allah, iaitu seseorang menahan diri untuk tidak melakukan maksiat
iii)  Sabar terhadapapa yang ditakdirkan oleh Allah SWT, iaitu seseorang menahan diri dari sikap menentang takdir Allah, bersabar atas takdir buruk yang menimpanya dan juga menahan diri dari sikap jengkel dan marah terhadap qadha dan qadar Allah.
Orang yang sabar, ketika ditimpa musibah akan tetap tenang, dan mengatakan “Innalillaahi wa inna ilaihi roji’un,” segala sesuatu dari Allah dan akan kembali kepada Allah.
Perbanyak Solat dan Perbaiki Kualiti Solat Wajib
Ketika ditimpa permasalahan apapun, Rasulullah akan melakukan solat, kerana dengan solat lah pertolongan Allah akan datang.
Huzaifah bin Yaman menuturkan, “Pada malam berlangsungnya perang Ahzab, saya menemui Rasulullah, sementara beliau sedang solat seraya menutup tubuhnya dengan jubah. Bila beliau menghadapi persoalan, maka beliau akan mengerjakan solat.“ Bahkan Ali bin Abi Thalib menuturkan keadaan Rasulullah pada perang Badar, “Pada malam berlangsungnya perang Badar, semua kami tertidur kecuali Rasulullah, beliau solat dan berdo’a sampai pagi.“
Cara Meminta Pertolongan Allah Melalui Solat Adalah:
Pertama, memperbanyak bilangan solatt. Jika selama ini kita hanya mengerjakan solat fardhu lima waktu sehari semalam, tambahkanlah dengan solat sunat seperti tahajud, dhuha, dan solat rawatib sebelum serta setelah solat fardhu.
Kedua, memperbaiki kualiti solat. Mulakan dengan menyempurnakan wudhu, menyempurnakan takbiratul ihram, menyempurnakan setiap gerakan dengan thuma’ninahnya.
Jika kita telah menyempurnakan kesabaran dan memperbaiki solat yang kita lakukan, Insya Allah pertolongan Allah akan datang pada kita.
Sumber: https://www.islampos.com/pertolongan-allah-akan-datang-bersama-dua-hal-ini-18717/

Sunday, 19 February 2017

Resipi Ringkas untuk Pencinta Sayur Tempatan Istimewa..

Serba Sedikit Mengenai Bunga Papaya atau disebut juga bunga betik.
********************************************************
Memaparkan IMG_20170218_081839.jpg



Bunga papaya betina akan membesar menjadi buah papaya manakala bunga pokok jantan pula tidak akan menjadi buah.  Bunga papaya dari pokok jantan biasanya akan dipetik untuk dijadikan sayuran atau ulam-ulaman.

Rasa bunga papaya adalah pahit iaitu sama dengan rasa pahit pada daun papaya. Rasa pahit ini adalah disebabkan oleh kandungan Alkaloid Carpein atau C14H25No2. Senyawa ini ditemukan oleh Dr.Carpein di tahun 1980. Bunga Papaya dikatakan mengandungi zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita iaitu karbohidrat, protein,lemak, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, B1, C, E, folat dan juga antioksidan

Bersumber dari: 13 Manfaat Bunga Pepaya Menurut Para Ahli | Mediskus

****************************************************************************
Oleh kerana banyak sekali khasiat yang ditawarkan oleh bunga papaya..jom kita cuba resipi Tumis Bunga Papaya..Jangan dihilangkan seluruh rasa pahitnya bunga papaya, kerana rasa pahit itu adalah penawar kepada penyakit...




Tumis Bunga Papaya(Betik)..40% Rasa Pahit Dikekalkan
*****************************************************************
Memaparkan IMG_20170218_073554.jpgMemaparkan IMG_20170218_073548.jpg                                  Dahan bunga papaya                               Bunga Papaya

Cara-caranya:-
1.  Rebus bunga papaya di dalam periuk.masukkan sesudu garam.  Rebus sehingga mendidih, angkat (hati-hati airnya baru mendidih), tapis dan lalukan di bawah air paip seketika.  Kemudian ketepikan seketika sementara kita menyediakan rempahannya ya...


Memaparkan IMG_20170218_074043.jpg
Rebus sehingga mendidih
Memaparkan IMG_20170218_073903.jpg
Sukatan air bergantung dengan jumlah bunganya



Memaparkan IMG_20170218_075329.jpg
Tapis bunga papaya yang sudah direbus dan lalukan di bawah air paip seketika.

Langkah ke 2

Sediakan bahan-bahan:
1.  Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit..(ditumbuk, guna lesung batu ye) 
ikut citarasa sendiri tapi sebaiknya berpadanan dengan kuantiti bunga papaya yang kita nak tumis.
2.  Cili padi (ikut kehendak hati, nak sangat pedas ke sederhana pedas...it's up to you)
Memaparkan IMG_20170218_075138.jpg
Tumbuk bawang merah, putih, halia, kunyit dan cili padi

Memaparkan IMG_20170218_074725.jpg                    
Memaparkan IMG_20170218_075144.jpg
sediakan lada hijau, lada putih,merah dan lada ungu
Memaparkan IMG_20170218_075626.jpg
Dihiris-hiris sama ada halus atau kasar(terserah)
























Langkah 3...Menyediakan hidangan Bunga Papaya



Memaparkan IMG_20170218_080427.jpg
Masukkan 1 camb minyak masak..sikit je
(Kuali zaman dulu2..umurnya dah 25 tahun
beli ketika baru kahwin-ada nilai tersendiri)

Memaparkan IMG_20170218_080545.jpg
Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga
wanginya semerbak.






















Memaparkan IMG_20170218_080723.jpg
Jangan dibuah air basuhan bekas tumbuk bawang,
ambil air tu dan tuang ke dalam gorengan bawang
        Memaparkan IMG_20170218_080903.jpg
          Masukkan hirisan lada...

Memaparkan IMG_20170218_081105.jpg
Masukkan bunga Papaya, kacau sebati
dan tambahkan garam dan perasa jika mahu
Memaparkan IMG_20170218_081533.jpg
Tutup sebentar sahaja...

                      
                                                                                  

Memaparkan IMG_20170218_081404.jpg
Hidangan ringkas siap untuk dinikmati.

      

***Kebiasaannya para penggemar bunga papaya akan menambah ikan bilis, ikan masin atau udang kering dalam masakan mereka.  Resipi ini kiranya bahan tambahan itu tidak ditambah.  Hanya bunga papaya dan bumbunya sahaja. Rasa pahit pada bunga papaya ini tidak hilang, ianya berkurang sedikit sahaja..kira-kira boleh masuk selera..pahit sedikit dengan pedas sedikit tu kira sesuai lah dengan selera.  Paling utama di sini rasa pahit tu yang kita mahu kerana diberitakan ianya mempunyai pelbagai manafaat untuk tubuh badan kita,

Maaf jika resipi kurang memikat...sajian ini saya sediakan pada hujung minggu atau waktu terluang.Ambil masa sedikit untuk memetik bunga papaya di halaman rumah.


Bersumber dari: 13 Manfaat Bunga Pepaya Menurut Para Ahli | Mediskus

Mencegah kanker Menyembuhkan bisul lambung Membantu sistem pencernaan Meningkatkan nafsu makan Sumber antioksidan Baik untuk penderita diabetes Menurunkan berat badan Obat penurun demam Menurunkan kolesterol Memperlancar peredaran darah Mencegah radang sendi dan reumatik Menaikkan jumlah trombosit Meregulasi siklus haid
https://en.wikipedia.org/wiki/Papaya