NUFFNANG

Thursday, 22 March 2018

Mengenali Peribadi Yang Kreatif


Adakah anda seorang yang kreatif atau adakah di kalangan ahli keluarga, sahabat atau teman-teman anda yang sebenarnya seorang yang kreatif tetapi anda tidak benar-benar dapat memastikannya.  Menurut sumber, individu atau peribadi yang kreatif memiliki kriteria yang berikut:-

1.  Mempunyai jiwa yang merdeka, tidak suka dikongkong, tidak suka terikut-ikut dan tidak peduli pada kritikan orang lain.

2.  Tidak dahagakan pengiktirafan, puji-pujian atau ganjaran daripada orang lain.  Mampu memuji dan mengkritik diri sendiri.

3.  Mereka berani membuat keputusan dan setia bertanggungjawab atas risiko keputusan mereka.  Mereka tidak suka undian dalam mesyuarat atau akur pada tekanan luar.

4.  Bersikap terbuka dan sedia menerima kenyataan bahawa ada kalanya mereka tidak rasional, oleh itu mereka toleran terhadap kritikan orang lain.

5.  Peribadi orang yang kreatif adalah stabil.  Mereka tidak akan berubah-ubah ikut tekanan-tekanan yang datang dari luar.

6.  Meminati seni dan berjiwa halus.

7.  Berperangai dominan dan asertif, tidak suka jadi pengikut dan kecewa apabila orang tidak mengikut pemikirannya.

8.  Jiwanya lebih kompleks, sukar difahami oleh orang lain.

9.  Mudah menerima hakikat akan kelemahan dan kekurangan yang ada pada dirinya, oleh itu mudah mengaku apabila dirinya membuat kesilapan.

10.  Lebih panjang akal, tidak mahu menerima jawapan TIDAK dan akan terus berusaha.

11.  Berani dan suka mencuba perkara baru yang tinggi risikonya.

12.  Berjiwa radikal, berani mencabar perkara-perkara pokok, tidak takut berenang menongkah arus.

13.  Dapat mengawal diri sendiri.

14.  Kemungkinan besar mereka introvert, banyak bercakap dengan diri sendiri.


Sumber:  Berfikir seperti Invventor
              Oleh Ainon Mohd & Abdullah Hassan
              Minda kreatif PTS

Friday, 2 March 2018

Guru dari Afrika..mengajar ICT menggunakan papan tulis sahaja. Guru yang hebat

Seorang guru mata pelajaran  Informasi & Teknologi Komunikasi (ICT) di Ghana begitu gigih melakar sistem operasi Microsoft Word di papan tulis bagi memberi penjelasan yang lebih terperinci cara-cara menggunakan serta fungsi Microsoft Word kepada para pelajarnya.. Terserlah kesungguhan dan sifat dedikasinya.

                   Tak Ada Komputer, Tak Ada Hal! Cikgu Afrika Viral Ajar Murid ICT Guna Lukisan Di Papan Hitam

Biarpun dalam keadaan yang serba kekurangan, tanpa fasiliti dan kemudahan kelas yang canggih, guru berdedikasi bernama Richard Akoto ini tampil bijak menggunakan lakaran rajah paparan Microsoft Word yang disertai dengan penjelasan fungsi agar dapat difahami dengan jelas oleh para pelajar.
“Saya sayang pelajar-pelajar saya, jadi saya perlu lakukan yang terbaik dan sanggup buat apa sahaja untuk meraih kefahaman mereka tentang ilmu ICT ini,” jelas Richard.
Menurut sumber dari sebuah portal berita Afrika Quartz,  Richard sudah sekian lama berkhidmat di sekolah tersebut namun, kemudahan komputer mereka adalah terhad malah sudah lama tidak diperbaharui sejak 2011. Meskipun begitu, adalah menjadi syarat khursus bagi kesemua pelajar di sekolah berkenaan untuk lulus subjek ICT.
Boleh klik link berikut untuk mengetahui cerita seterus nyahttps://www.wanista.com/2018/155977/tak-ada-komputer-tak-ada-hal-cikgu-afrika-viral-ajar-murid-ict-guna-lukisan-di-papan-hitam/