NUFFNANG

Thursday, 22 March 2018

Mengenali Peribadi Yang Kreatif


Adakah anda seorang yang kreatif atau adakah di kalangan ahli keluarga, sahabat atau teman-teman anda yang sebenarnya seorang yang kreatif tetapi anda tidak benar-benar dapat memastikannya.  Menurut sumber, individu atau peribadi yang kreatif memiliki kriteria yang berikut:-

1.  Mempunyai jiwa yang merdeka, tidak suka dikongkong, tidak suka terikut-ikut dan tidak peduli pada kritikan orang lain.

2.  Tidak dahagakan pengiktirafan, puji-pujian atau ganjaran daripada orang lain.  Mampu memuji dan mengkritik diri sendiri.

3.  Mereka berani membuat keputusan dan setia bertanggungjawab atas risiko keputusan mereka.  Mereka tidak suka undian dalam mesyuarat atau akur pada tekanan luar.

4.  Bersikap terbuka dan sedia menerima kenyataan bahawa ada kalanya mereka tidak rasional, oleh itu mereka toleran terhadap kritikan orang lain.

5.  Peribadi orang yang kreatif adalah stabil.  Mereka tidak akan berubah-ubah ikut tekanan-tekanan yang datang dari luar.

6.  Meminati seni dan berjiwa halus.

7.  Berperangai dominan dan asertif, tidak suka jadi pengikut dan kecewa apabila orang tidak mengikut pemikirannya.

8.  Jiwanya lebih kompleks, sukar difahami oleh orang lain.

9.  Mudah menerima hakikat akan kelemahan dan kekurangan yang ada pada dirinya, oleh itu mudah mengaku apabila dirinya membuat kesilapan.

10.  Lebih panjang akal, tidak mahu menerima jawapan TIDAK dan akan terus berusaha.

11.  Berani dan suka mencuba perkara baru yang tinggi risikonya.

12.  Berjiwa radikal, berani mencabar perkara-perkara pokok, tidak takut berenang menongkah arus.

13.  Dapat mengawal diri sendiri.

14.  Kemungkinan besar mereka introvert, banyak bercakap dengan diri sendiri.


Sumber:  Berfikir seperti Invventor
              Oleh Ainon Mohd & Abdullah Hassan
              Minda kreatif PTS

No comments:

Post a Comment