Buah rozel merupakan tanaman yang mudah membiak dari biji benih dan memerlukan cahaya matahari serta saliran yang baik. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian hingga 3. 5 meter.
Buah rozel mempunyai banyak manfaat dan khasiat. Antaranya ialah mampu merawat batuk, cirit birit dan berak berdarah. Di samping itu, tumbuhan rozel juga mempunyai kandungan asik askorbik (vitamin C) yang tinggi yang dapat membantu badan membina sistem pertahanan melawan penyakit.
Selain itu, pokok rozel juga dianggap sebagai “pokok emas” kerana setiap bahagiannya mempunyai keistimewaan tertentu. Bermula dari buah, daun hinggalah ke batang pokok berkenaan dan boleh dijadikan sajian atau tujuan perubatan tradisional.
Saya memang menyukai rasa asli rozel..saya ada menanam beberapa pokok di halaman rumah..daunnya lebat hingga dahannya rebah..buahnya tak berapa lebat tapi cukup untuk buat minuman setiap pagi..selagi pokoknya berbuah..klu dah habis musimnya, sy beli pula buah rozel yg telah dikeringkan..aromanya madih tetap sama.
Resipi sy..
Ambik dua kuntum buah rozel, bersihkan, buah bijinya dan rendam dgn air panas..tunggu sejuk kemudian minum..tak bubuh gula..minum macam tu ja..
Anda juga boleh buat jus rozel ya..ikut selera anda..
No comments:
Post a Comment