NUFFNANG

Monday, 23 May 2011

MENGAWAL STRESS

Sebab-sebab stress:

1.  Diri sendiri
     Merasa takut atau risau tentang sesuatu. contoh: takut gagal peperiksaan.

2.  Keluarga
     Ibu bapa kerap bersengketa/bertengkar/tidak sependapat/selisih faham/kewangan

3.  Sekolah/tempat kerja
     Boss marah/cikgu marah/kawan-kawan buli/terlalu banyak tugasan yang berat
dan banyak lagi.

Bila merasa stress...
1. jantung saya berdegup kencang, sukar bernafas, cepat marah, tidak gembira, hilang selera makan, tidak cukup tidur, hilang minat terhadap kerja/sekolah.....teruknya rasa..tidak dapat menikmati hobi, suka menengking-nengking....ingin ja membaling sesuatu..!!!  Menjauhkan diri...

Stress yang berpanjangan...dan apabila tiada daya tindak....menimbulkan kemarahan.  "KEMARAHAN IALAH MASALAH EMOSI UTAMA AKIBAT STRESS"

Apa yang perlu dilakukan ketika marah:

1. Menyedari bahawa kita sedang marah.
2.  Bersabar dan bertenang
3.  Kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap.
4.  Kenal pasti  punca kemarahan
5.  Cuba mendengar penjelasan orang lain.
6.  Segera beredar jika tidak dapat mengawal marah
7.  Berbincang dengan orang yang lebih berpengalaman atau orang yang lebih dewasa.
8.  Latih diri untuk memaafkan orang lain.  Terima kenyataan bahawa kita hanya manusia yang lemah, kadang      kala melakukan kesilapan/kesalahan. (tiada yang sempurna).

Cara-cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:-
1.  Berfikir secara positif
2.  Jangan salahkan orang lain.
3.  Lakukan hobi anda.
4.  Luangkan masa untuk bermain/rekreasi
5.  Tidur awal dan bangun awal.
6..Dapatkan orang yang anda percayai untuk mendengar luahan hati anda.

 "Saya mesti bersabar dan tidak membiarkan kemarahan menguasai diri.  Saya akan menjadi seorang yang sihat dan gembira"
petikan risalah dr bahagaian pendidikan kesihatan,kementerian Kesihatan Malaysia 

No comments:

Post a Comment