NUFFNANG

Wednesday, 14 August 2013

10 Keajaiban Alam Yang Jarang Diketahui Manusia

10 Keajaiban Alam Yang Jarang Diketahui Manusia Perlu diketahui 
dunia ini penuh dengan keajaiban, terdapat banyak keajaiban
 alam lain yang menarik, seperti di bawah ini yang belum 
 diketahui orang.

1. Pamukkale (Turki)


Terletak di Daerah Denizli di barat daya Turki, menjadi tumpuan bagi mereka
 yang menginginkan suasana nyaman dan tenang. Yang terpenting tempat ini
adalah kawasan alam mineral dan boleh mandi spa kerana perairan batu kapur
 (kalsium) yang panas, muka buminya halus dan struktur organik yang kelihatan aneh.

2. Fly Geyser (Nevada)
Terletak di Nevada, AS, Fly Geyser sesuai untuk mereka yang mencari air.

3. Valley of the Moon (Argentina)

Valley of the Moon, juga dikenali sebagai Taman Nasional Ischigualasto, adalah
tempat "di mana kita merasa memegang bulan". Di lembah kering, dengan
 bentuk alam semulajadi yang terhasil dari tindakan angin yang mengambil masa
 yang lama untuk membentuk batuan raksasa menegak dan menakjubkan.


4. Enchanted Well - Chapada Diamantina National Park (Brazil)


Kolam cekung raksasa terletak di Taman Nasional Chapada Diamantina di Brazil.
 Poco Encantado, juga dikenali sebagai Enchanted Yah, mempunyai air transparan
 yang kelihatan dan pokok-pokok tua terutama ketika matahari hanya datang
melalui celah batuan.


5. Wulingyan, Hunan (China)

Pemandangan batu gamping terbesar dan dramatik di Asia terdapat di Wulingyan
dan memang terkenal di Cina. Orang-orang juga menemui
kesamaan antara gambar pemandangan di wilayah Hunan.

6. Ice Towers of Mount Erebus (Antarctica)

Gunung Erebus adalah gunung berapi aktif terbesar di dunia. Ia mempunyai vulkanik
panas yang dipenuhi dengan ais dingin telah menghasilkan sistem yang rumit dari
gua ais di atas puncak Erebus. Ratusan menara ais juga dapat ditemui di Mars, Jupiter,
 Saturnus dan Neptunus.

7. Kasha Katuwe Tent Rocks (New Mexico)

Kasha-Katuwe berbentuk Tenda Batu di New Mexico dengan rekabentuk berpahat
 terhasil dari tindakan seragam yang berbentuk formasi batuan yang dihasilkan oleh
letusan gunung berapi yang meledak.

8. Comodo National Park (Indonesia)


Pulau Komodo terletak di sebuah selat antara Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur
 (NTT)dan Sumbawa di Nusa Tenggara Barat (NTB). Di Pulau Komodo terdapat
 biawak terbesar di dunia, iaitu biawak Komodo (Varanus komodoensis).

Komodo dipercayai keturunan binatang purba Dinosaurus yang masih hidup.
Panjang komodo dapat mencapai 3 meter dengan berat boleh mencapai 140 kg.

Kawasan perairan di pulau Komodo juga terdapat perairan yang termasuk dalam
 keajaiban dunia bawah air. Dasar laut perairan Komodo adalah yang terbaik di dunia,
 di permukaan laut munculnya daratan-daratan kering yang berbukit karang.

9. The Stone Forest (China)

Dianggap sebagai "Keajaiban Dunia Pertama" sejak Dinasti Ming, Hutan Batu
 Cina penuh dengan batu gamping dalam bentuk arca.

10. Salar de Uyuni (Bolivia)

Terletak di Bolivia, Salar de Uyuni adalah gurun garam merupakan dataran paling
besar di dunia. Meliputi kawasan seluas 10.582 kilometer persegi, jantung dari
Altiplano mempunyai sedikitnya 10 milian ton garam.


Ngeri....

INFORMATION SOURCES AND INTERNET REFERENCE: 
Berita Tempatan, Ngeri Gilerr, Tangan Hancur Beler...:

 





Keghairahan seorang lelaki untuk menghasilkan mercun dengan menyumbat
 belerang daripada pelbagai jenis mercun ke dalam batang besi pay...
>>> http://che-armad.blogspot.com/2013/08/berita-tempatan-ngeri-gilerr-tangan.html#

FAKTA MENGENAI JUTAWAN MELAYU

 

50 Fakta Menarik tentang Kisah dan Prinsip Hidup 
TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY
ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi
teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah, InsyaAllah.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan
 kerja-kerja kemasyakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan
WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena
 berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak
 mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi
orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam
saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan
 saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI
 APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN .
Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA.
Apa yang tidak mampu buat, saya akan minta orang lain tengok-tengokkan.
Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka
 jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita
 berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham
 baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita
mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR
 DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi
dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York
 dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana,
 hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak
 makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS
 ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
 mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK
 KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA
 BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun
 ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan.
 Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU
BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.
SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA
 MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu.
Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat.
Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih
 ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa
 dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata
 kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat.
 Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA, BANGSA
 DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat
dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya
 beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak
 berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri
 melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. APA YANG SAYA TIDAK TAHU,
SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.
SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.
SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI.
KITA KENA BERANI KERANA BENAR. Apabila kita dapat keuntungan
dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah
kepada kumpulan perniagaan ini, KEPADA BANGSA DAN KEPADA
 ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.
 Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK
YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi
saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus
dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat
semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang
saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa
 lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa.
Ini masalah orang Melayu. DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH
 KERANA POLITIK, DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk
 saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang
saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta
dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka
 HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN. Mereka lebih takutkan
 diri-sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya tiada duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang
 tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM
 DAN MEMBAYARNYA SEMULA. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum
 berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik.
 Mesti ada tanggungjawab. BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI
TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNGJAWAB .

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki) Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok
 bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan.
 Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar
 biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab
 (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan
 dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit
tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU
ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya
 lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak
 ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita.
 Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. SAYA MANUSIA
 YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF, BERISTIGHFAR
 DAN TERUS BERJALAN LAGI. Sejak awal, saya ada kesedaran mahu
 mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit
pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG
 ORANG LAIN PULA. SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.
 HARI INI KITA TOLONG ORANG, ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG
 KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk
 faham selok-belok perniagaan, InsyaAllah boleh maju.

34. KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA. PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA
 CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.
 JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA
BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak
semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan
 mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang
 saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk
 bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang
dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan
saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak
 ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN
 OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA, TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP
 DAN CARA KITA BERFIKIR. GIGIH, TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA
 MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA. SAYANGNYA PERKARA
 INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39. TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT.
 Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh,
 tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan
 kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar).
Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar .
Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI-SENDIRI,
KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi
 mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada
didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT
SUMBANGAN AMAL JARIAH. SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG
 HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA INI. Saya takut kalau hutang habis
saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah.
Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air,
ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka
 menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,
 LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau
saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu
 yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU. SAYA MAHU ORANG LAIN
 MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA. Saya tahu
 bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat
saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa.
 Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan
 ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

Creatifat
http://che-armad.blogspot.com/2012/05/trivia-50-fakta-menarik-tentang-jutawan.htm

FAKTA : BAYI BARU LAHIR







[Fakta Bayi Baru Lahir] 

 1. Saiz otak bayi hanya kira-kira ¼ saiz otak orang dewasa. Kebanyakan bayi dilahirkan mempunyai lebih daripada 100 bilion sel otak yang masih belum dihubungkan antara satu sama lain. Bagaimanapun, otak bayi boleh berfungsi pada kelajuan secepat kilat dan mampu membentuk rangkaian hubungan yang baru di antara sel otaknya pada kadar tiga billion sesaat.

 2. Bayi baru lahir tidak ada kepala lutut. Ia tidak terbentuk sehinggalah bayi berusia enam bulan.

 3. Bayi menangis tanpa air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia lima minggu.

 4. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan daripada tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

 5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
====================================
Harga Runtuh Radiglow, Sempena Pembukaan Page Baru --> @[209963182489491:274:Radiglow Murah] ;)  LIKE! 
Promosi hanya utk 2 hari sahaja 

Jemput Like @[552166634816343:274:Pasti Hamil dalam 90 Hari]  ;)  
Pakar dlm menyelesaikan masalah wanita spt senggugut, belum ada zuriat dll. 

1. Saiz otak bayi hanya kira-kira ¼ saiz otak orang dewasa. Kebanyakan bayi dilahirkan mempunyai lebih daripada 100 bilion sel otak yang masih belum dihubungkan antara satu sama lain. Bagaimanapun, otak bayi boleh berfungsi pada kelajuan secepat kilat dan mampu membentuk rangkaian hubungan yang baru di antara sel otaknya pada kadar tiga billion sesaat.

2. Bayi baru lahir tidak ada kepala lutut. Ia tidak terbentuk sehinggalah bayi berusia enam bulan.

3. Bayi menangis tanpa air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia lima minggu.

4. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan daripada tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.


http://che-armad.blogspot.com/2013/08/fakta-menarik-bayi-baru-lahir.html

Menjana pendapatan tambahan secara online


Suasana kehidupan kini memang amat memerlukan kita mencari alternatif lain untuk menampung perbelanjaan keluarga.  Menjadi keutamaan buat kita untuk memberikan segala apa yang diperlukan oleh orang-orang yang kita sayangi.  Isteri, anak-anak, ibu bapa dan orang yang kita sayangi sentiasa menjadi sumber kekuatan kita untuk mencari pendapatan tambahan buat memenuhi keperluan hidup.

Sama seperti orang lain saya juga sentiasa mencari alternatif lain (tentunya halal dong!) untuk menambah pendapatan agar sekurang-kurang menampung sebahagian perbelanjaan keluarga.   Salah satu yang saya temui adalah ini;


Tuesday, 13 August 2013

Tuesday, 6 August 2013

6 Tip Memiliki Jasmani Kuat

 Tip Memiliki Jasmani Kuat:

1.  Cegah penyakit dengan segera

Apabila kita dapati diri kita tak sihat, kita tak harus membiarkan diri kita dalam keadaan macam tu saja.  Kita perlu cepat membuat pemeriksaan awal dengan mendapat rawatan di klinik dan hospital. Tak kisahlah sama ada diri kita atau ahli keluarga kita di hinggapi penyakit, kita perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan supaya penyakit tak melarat dan bertambah buruk.

2.  Tak berlebih-lebihan dalam hal makan minum. 

Sebagai umat Islam, kita perlu menitikberatkan hal makan minum dalam kehidupan seharian.  Sekiranya kita mengabaikan aspek ini, dikhuatiri kita akan mudah mendapat penyakit kerana banyak penyakit adalah berpunca dari corak pemakan yang tak betul.  Kita digalakkan menjaga adab-adab makan minum dan mengamalkan puasa sunat kerana ia banyak manfaat kepada kesihatan kita. 

3.  Menjaga kebersihan.

Kebersihan amat penting dalam hidup kita.  Kebersihan yang dimaksudkan adalah merangkumi kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat tinggal.  Amalkan sunat-sunat yang difitrahkan iaitu-memotong kuku, bersugi dan lain-lain.

4.  Mengawal keinginan syahwat.

Manusia memang dianugerahkan keinginan syahwat tetapi terpulanglah kepada manusia sendiri untuk mengawalnya.  Ramai manusia gagal mengawal keinginan syahwat lalu terjebak ke dalam gejala-gejala yang tak sihat seperti seks bebas, kes pembuangan bayi dan sebagainnya.  Kita perlu mengawal anggota badan kita daripada melakukan maksiat.

5.  Jaga waktu tidur.

Menjaga waktu tidur adalah sangat dituntut supaya kita sentiasa sihat dan bertenaga.  Setiap manusia seperti bayi dan orang dewasa adalah berbeza dari keperluan waktu tidurnya.  Ada juga manusia yang cukup untuk tidur hanya 4 jam sahaja.  Contohnya, Angkasawan Negara kita iaitu Sheikh Muszhapar Shukor pun hanya tidur 4 jam sahaja.

6.  Sentiasa beriadah

Beriadah adalah satu aktiviti yang amat berfaedah.  Tak kisahlah sama ada bermain bola sepak, jogging dan bersenam yang aktiviti riadah yang kita amalkan itu boleh menyihatkan kita.  Amat malang bagi sesetengah daripada kita membiarkan hari-hari yang kita lalui berlalu begitu sahaja tanpa melalui aktiviti riadah yang berfaedah.  Yang penting aktiviti riadah yang dilakukan itu tidak membuatkan kita leka daripada melakukan amal ibadat yang diwajibkan. sumber http://735motivasi.blogspot.com/

KISAH BENAR YANG HARUS DIJADIKAN PENGAJARAN!

KISAH BENAR YANG HARUS DIJADIKAN PENGAJARAN!

 

Sunday, 4 August 2013

Jobdirumah: Info Tentang Kerja Sambilan Jobdirumah

Jobdirumah: Info Tentang Kerja Sambilan Jobdirumah

SENARAI SOSEJ YANG TIDAK HALAL DAN HARAM DIMAKAN!

SENARAI SOSEJ YANG TIDAK HALAL DAN HARAM DIMAKAN!




MINUMAN 'TANDAS' UNTUK KANAK-KANAK HANYA ADA DI JEPUN

Ragam, Minuman 'Tandas' Hanya Ada Di Jepun Untuk Kanak-kanak.

Nama minuman ini adalah Moko Moko Mokoletto. Ianya bernilai RM50 untuk 8 buah tandas kecil dan perlu dipasang sendiri. Apa yang menariknya adalah tandas ini menghasilkan air cola dan juga manisan lain untuk kanak-kanak menikmatinya. Minuman ini menjadi kegilaan di Jepun. 
http://che-armad.blogspot.com/2013/08/ragam-minuman-tandas-hanya-ada-di-jepun.html

Gambar dalam kapal terbang mewah milik Sultan Brun...

 Gambar dalam kapal terbang mewah milik Sultan Brun...

Gambar dalam kapal terbang mewah milik Sultan Brunei











http://networkedblogs.com/NM1Co

Hypp TV kini boleh ditonton melalui pakej streamyx


 



Jika sebelum ini, ramai kecewa apabila servis atau perkhidmatan IPTV, HyppTV yang diperkenalkan TM (Telekom Malaysia Berhad) hanya ditawarkan kepada pelanggan jalur lebar UniFinya saja, namun bermula 1 Ogos ini ada berita gembira untuk anda.

Bermula pada tarikh tersebut, HyppTV juga boleh dilanggan para pelanggan jalur lebar Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang baru mahupun sedia ada, sekaligus memperluaskan jangkauan perkhidmatan IPTV kepada jumlah penonton yang lebih ramai di seluruh negara.
Pada masa juga, TM memperkenalkan HyppTV Everywhere, yang membolehkan anda menonton siaran HyppTV pada mana-mana peranti berasaskan iOS yang dikeluarkan Apple. Jangan risau, pengguna OS Android juga boleh menikmatinya.

HyppTV Everywhere akan disediakan untuk pelanggan UniFi dan Streamyx (4Mbps & 8Mbps) menonton HyppTV di mana sahaja dan pada bila-bila masa melalui peranti-peranti mereka, menepati aspirasi TM untuk membawakan gaya hidup digital bersepadu yang dipertingkatkan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.

Untuk pelanggan Streamyx 8Mbps sedia ada dan baru, HyppTV akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada pakej perkhidmatan tiga serangkainya iaitu suara, Internet dan IPTV pada harga RM160 sebulan dengan 17 saluran percuma serta mempunyai pilihan untuk melanggani HyppTV Platinum Pack. Untuk pelanggan-pelanggan Streamyx 4Mbps baru dan sedia ada yang pada masa ini menikmati perkhidmatan dua serangkai iaitu suara dan Internet, HyppTV ditawarkan sebagai pilihan tambahan pada kadar RM30 sebulan dengan 17 saluran percuma serta mempunyai pilihan untuk melanggani pek HyppTV.

Selanjutnya di >>>http://my.news.yahoo.com/blogs/daunpisang/tonton-hypptv-guna-telefon-tablet-atau-pc-pelanggan-042030433.html

Saturday, 3 August 2013

MEJA UNTUK ELAK PELAJAR BORAK KOSONG DI JEPUN!

MEJA UNTUK ELAK PELAJAR BORAK KOSONG DI JEPUN!


 

CHETZ YUSOF KONGSI CERITA BAGAIMANA MULA BERKERJA DENGAN ANJING!

CHETZ YUSOF KONGSI CERITA BAGAIMANA MULA BERKERJA DENGAN ANJING!




GAMBAR ASLI LELAKI BERADA DALAM PERUT IKAN JERUNG!

GAMBAR ASLI LELAKI BERADA DALAM PERUT IKAN JERUNG!


 

ILMUWAN NASA TEMUI TROMPET SANGKAKALA MALAIKAT ISRAFIL!

ILMUWAN NASA TEMUI TROMPET SANGKAKALA MALAIKAT ISRAFIL!





Kanak-kanak Ini Bekerja Di Kilang Rokok


 Menurut kajian oleh NGO, lebih daripada 45,000 orang iaitu wanita dan anak-anak Bangladesh yang bekerja dalam pembuatan rokok murah yang di...


http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2013/08/kanak-kanak-ini-bekerja-di-kilang-rokok.html 

Iklan Yang Paling Sedih Untuk Ditonton III (Mae Toi - Gembira Dalam Kesa...

WORLD RECORDS, PANORAMA, MONUMEN, KAI TAK, LAPANGAN TERBANG PALING BERBAHAYA DI DUNIA

WORLD RECORDS, PANORAMA, MONUMEN, KAI TAK, LAPANGAN TERBANG PALING
BERBAHAYA DI DUNIA

Nasib baik lapangan terbang ini telah ditutup pada tahun 1998 kerana landasan pendaratannya sangat bahaya. Banyak kapal terbang yang terjunam ke dalam air atau terlanggar bangunan semasa mendarat. Lapangan Terbang ini ditutup oleh kerajaan Hong Kong kerana rekod keselamatan yang kurang memuaskan.