Jika sebelum ini, ramai kecewa apabila servis atau perkhidmatan IPTV, HyppTV yang diperkenalkan TM (Telekom Malaysia Berhad) hanya ditawarkan kepada pelanggan jalur lebar UniFinya saja, namun bermula 1 Ogos ini ada berita gembira untuk anda.
Bermula pada tarikh tersebut, HyppTV juga boleh
dilanggan para pelanggan jalur lebar Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang baru
mahupun sedia ada, sekaligus memperluaskan jangkauan perkhidmatan IPTV
kepada jumlah penonton yang lebih ramai di seluruh negara.
Pada masa juga, TM memperkenalkan HyppTV Everywhere, yang membolehkan
anda menonton siaran HyppTV pada mana-mana peranti berasaskan iOS yang
dikeluarkan Apple. Jangan risau, pengguna OS Android juga boleh
menikmatinya.HyppTV Everywhere akan disediakan untuk pelanggan UniFi dan Streamyx (4Mbps & 8Mbps) menonton HyppTV di mana sahaja dan pada bila-bila masa melalui peranti-peranti mereka, menepati aspirasi TM untuk membawakan gaya hidup digital bersepadu yang dipertingkatkan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.
Untuk pelanggan Streamyx 8Mbps sedia ada dan baru, HyppTV akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada pakej perkhidmatan tiga serangkainya iaitu suara, Internet dan IPTV pada harga RM160 sebulan dengan 17 saluran percuma serta mempunyai pilihan untuk melanggani HyppTV Platinum Pack. Untuk pelanggan-pelanggan Streamyx 4Mbps baru dan sedia ada yang pada masa ini menikmati perkhidmatan dua serangkai iaitu suara dan Internet, HyppTV ditawarkan sebagai pilihan tambahan pada kadar RM30 sebulan dengan 17 saluran percuma serta mempunyai pilihan untuk melanggani pek HyppTV.
Selanjutnya di >>>http://my.news.yahoo.com/blogs/daunpisang/tonton-hypptv-guna-telefon-tablet-atau-pc-pelanggan-042030433.html
No comments:
Post a Comment