1. Cegah penyakit dengan segera
Apabila
kita dapati diri kita tak sihat, kita tak harus membiarkan diri kita
dalam keadaan macam tu saja. Kita perlu cepat membuat pemeriksaan awal
dengan mendapat rawatan di klinik dan hospital. Tak kisahlah sama ada
diri kita atau ahli keluarga kita di hinggapi penyakit, kita perlu
mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan supaya penyakit tak melarat dan
bertambah buruk.
2. Tak berlebih-lebihan dalam hal makan minum.
Sebagai
umat Islam, kita perlu menitikberatkan hal makan minum dalam kehidupan
seharian. Sekiranya kita mengabaikan aspek ini, dikhuatiri kita akan
mudah mendapat penyakit kerana banyak penyakit adalah berpunca dari
corak pemakan yang tak betul. Kita digalakkan menjaga adab-adab makan
minum dan mengamalkan puasa sunat kerana ia banyak manfaat kepada
kesihatan kita.
3. Menjaga kebersihan.
Kebersihan
amat penting dalam hidup kita. Kebersihan yang dimaksudkan adalah
merangkumi kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat tinggal. Amalkan
sunat-sunat yang difitrahkan iaitu-memotong kuku, bersugi dan lain-lain.
4. Mengawal keinginan syahwat.
Manusia
memang dianugerahkan keinginan syahwat tetapi terpulanglah kepada
manusia sendiri untuk mengawalnya. Ramai manusia gagal mengawal
keinginan syahwat lalu terjebak ke dalam gejala-gejala yang tak sihat
seperti seks bebas, kes pembuangan bayi dan sebagainnya. Kita perlu
mengawal anggota badan kita daripada melakukan maksiat.
5. Jaga waktu tidur.
Menjaga
waktu tidur adalah sangat dituntut supaya kita sentiasa sihat dan
bertenaga. Setiap manusia seperti bayi dan orang dewasa adalah berbeza
dari keperluan waktu tidurnya. Ada juga manusia yang cukup untuk tidur
hanya 4 jam sahaja. Contohnya, Angkasawan Negara kita iaitu Sheikh
Muszhapar Shukor pun hanya tidur 4 jam sahaja.
6. Sentiasa beriadah
Beriadah
adalah satu aktiviti yang amat berfaedah. Tak kisahlah sama ada
bermain bola sepak, jogging dan bersenam yang aktiviti riadah yang kita
amalkan itu boleh menyihatkan kita. Amat malang bagi sesetengah
daripada kita membiarkan hari-hari yang kita lalui berlalu begitu sahaja
tanpa melalui aktiviti riadah yang berfaedah. Yang penting aktiviti
riadah yang dilakukan itu tidak membuatkan kita leka daripada melakukan
amal ibadat yang diwajibkan. sumber http://735motivasi.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment