NUFFNANG

Saturday, 14 May 2016

Doktor Ini Jelaskan Kenapa Perlu Jalani Ujian Kehamilan Walau Belum Kahwin.


Kenapa Anak Perempuan Perlu Jalani Ujian Kehamilan Walau Pun Belum Berkahwin


Apabila seorang wanita yang berada pada lingkungan umur produktif (sudah baligh dan belum menopos) datang ke hospital atau klinik mengadu sakit perut, perkara paling bahaya yang perlu diperiksa oleh doktor adalah kemungkinan mengandung di luar rahim atau ectopic pregnancy.

Ectopic pregnancy ini adalah merupakan satu kejadian di mana kandungan tidak tertanam di dalam rahim seperti biasa, sebaliknya ia tertanam di luar rahim kebiasaannya pada tube fallopio. Perkara ini adalah merupakan satu kecemasan ginekologi kerana berpotensi meragut nyawa pesakit dek pendarahan yang melampau dan cepat. Baru saja saya kehilangan seorang pesakit yang meninggal dunia kerana tidak menghiraukan diagnosis awal doktor di klinik dan tidak pergi ke hospital. Pesakit meninggal dunia di rumah dan ini merupakan tragedi bagi semua. Kisah lengkap http://www.lamankongsi.com/2016/04/doktor-ini-jelaskan-kenapa-perlu-jalani.html




Nasi Lemak...Enak sekali!!


Anak-anak gadis dan teruna..belajar ya!! 

Bahan-bahan dan Cara-cara menyediakan Nasi Lemak yang enak....

3.0  RESIPI NASI LEMAK (untuk 4 orang)

Kuantiti

Bahan-Bahan

Arahan Penyediaan
2 cawan (180 gm)



Beras



Rendam selama 20 minit, basuh beberapa kali, masukkan santan, hirisan halia, halba, serai, daun pandan dan garam. Kukus selama 20-25 minit.
1 ulas 
Bawang Bombay

Rebus dahulu kemudian kisar
8 biji
Cili Kering

1 keping
Gula melaka

2 biji
Isi buah keras
1 hiris
Halia
20 gm
Ikan bilis halus
Digoreng dan dikisar
1.2 cm
Belacan
Dibakar dan dikisar
1 batang
Serai
Potong kasar dan kisar
Secukup nya
Garam
Asam Jawa
Air

4 Camb
Minyak masak
Untuk menumis dan menggoreng
2 camb
Kacang Tanah
Digoreng
2 biji
Telur
Direbus dan dibelah dua
2.5 cm
Timun
Dihiris
4 helai (23 cm X 23 cm)
Daun pisang
Dilayur atas api dan dilap



 Cara-cara Penyediaan:-

1.  Basuh beras yang telah direndam beberapa kali sehingga air kelihatan jernih. Masukkan bahan-bahan iaitu daun pandan yang telah dicarik dan disimpul, masukkan santan secukupnya, garam, serai yang telah dititik dan 6 biji halba yang telah dicuci.  Jerang di atas api yang sederhana atau boleh menggunakan periuk nasi elektrik.

2.  Panaskan minyak masak, pastikan api sederhana supaya ikan bilis tidak hangus, goreng ikan bilis dan angkat.
3.  Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar hingga berbau wangi.
4.  Masukkan air asam jawa
5.  Masukkan ikan bilis goreng yang telah dikisar ke dalam sambal.
6.  Apabila sambal telah menjadi pekat, masukkan garam secukup rasa. Kacau dan angkat.
Cara Pembngkusan Nasi Lemak:
1.  Sendukkan nasi atau boleh menggunakan mangkuk untuk menyukat nasi ke atas sehelai daun pisang . 
2.  Letakkan tiga hirisan timun, setengah biji telur, 1 cams sambal ikan bilis dan kacang tanah goreng di atas timbunan nasi.  Bungkus dengan kemas.

Cara menghidang Nasi Lemak:
1.  Gunakan mangkuk untuk menyukat nasi lemak.  Letakkan di atas pinggan makan.  Letakkan 2 atau 3 hirisan timun, setengah biji telur rebus, 1 camca atau lebih dan 1 sudu makan atau jumlah kacang tanah goreng yang bersesuaian di atas timbunan nasi lemak dan hidangkan.


dah.....








 Tahniah! Anda berjaya...


My favourite food

Assalamualaikum...


Tahun 2016 ini puasa dijangkakan bermula 6/6/2016...Tentunya semua orang sedang mempersiapkan diri untuk menyambut bulan yang penuh rahmat ini.  Seperti biasanya bulan puasa atau Ramadhan juga ada yang gemar untuk mencuba pelbagai resipi sama ada untuk keluarga tersayang atau untuk yang tinggal jauh di perantauan dan tinggal bersama kawan-kawan,  Salah satu resipi yang boleh dicuba ketika berbuka puasa ialah Roti Jala.  Saya sendiri gemar dengan makanan ini. Minda saya mengatakan bahawa makanan ini sesuai untuk orang yang menjaga pemakanannya..maksudnya mengurangkan pengambilan nasi dalam menu seharian.
Yuk kita lihat bahan-bahannya......

roti jala 

Bahan
1 kg tepung
2 biji telur
6 cawan air
1 sudu teh garam/secukup rasa

cara membuat:
1. satukan bahan, kacau sebati dan putar selama 2 minit dan kemudian tapis.
2.  Percik sedikit minyak pada kuali leper dengan menggunakan daun pandan yang dicarik-carik.
3.  Gunakan acuan satu lubang untuk kirai bahan roti ini.


Bahan Kuah:
1 ekor ayam- bersihkan dan potong ke pada 20 bahagian.
3/4 cawan minyak masak.
3 paket kecil serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk kaskas
5 biji ubi kentang-potong dadu
3 batang lobak merah-potong dadu
5 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 cm kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
1 cawan pati santan
4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1.  satukan ayam, halia, bawang putih, bawang besar, kulit kayu manis, bunga cengkih dan satu cawan air dalam periuk. panaskan sehingga ayam empuk.
2.  Masukkan kentang, lobak merah, rempah kari, kaskas dan 2 cawan air. Kacau rata dengan api yang perlahan hingga ubi kentang dan lobak merah menjadi empuk.
3.  Masukkan santan dan lebihan air.  Kacau sebati hingga kuah mendidih dan pecah minyak.  Akhir sekali masukkan garam.
*Roti jala boleh dimakan bersama kari ayam, kari daging atau kuah durian.


Kredit to  Koleksi Juadah Istimewa Memikat Selera by Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Buku koleksi resipi pertama yang saya beli tapi hingga ke hari ini belum try semuanya..almaklum sentiasa sibuk dengan kerja, kelaurga dan hobi berkebun bunga dan tanam sayur...Hari-hari masak sesimple-simplenya...anak-anak tetap puji..mak masak sedap...tq anak-anak.