Tahun 2016 ini puasa dijangkakan bermula 6/6/2016...Tentunya semua orang sedang mempersiapkan diri untuk menyambut bulan yang penuh rahmat ini. Seperti biasanya bulan puasa atau Ramadhan juga ada yang gemar untuk mencuba pelbagai resipi sama ada untuk keluarga tersayang atau untuk yang tinggal jauh di perantauan dan tinggal bersama kawan-kawan, Salah satu resipi yang boleh dicuba ketika berbuka puasa ialah Roti Jala. Saya sendiri gemar dengan makanan ini. Minda saya mengatakan bahawa makanan ini sesuai untuk orang yang menjaga pemakanannya..maksudnya mengurangkan pengambilan nasi dalam menu seharian.
Yuk kita lihat bahan-bahannya......
roti jala
Bahan
1 kg tepung
2 biji telur
6 cawan air
1 sudu teh garam/secukup rasa
cara membuat:
1. satukan bahan, kacau sebati dan putar selama 2 minit dan kemudian tapis.
2. Percik sedikit minyak pada kuali leper dengan menggunakan daun pandan yang dicarik-carik.
3. Gunakan acuan satu lubang untuk kirai bahan roti ini.
Bahan Kuah:
1 ekor ayam- bersihkan dan potong ke pada 20 bahagian.
3/4 cawan minyak masak.
3 paket kecil serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk kaskas
5 biji ubi kentang-potong dadu
3 batang lobak merah-potong dadu
5 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 cm kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
1 cawan pati santan
4 cawan air
Garam secukup rasa
Cara membuat:
1. satukan ayam, halia, bawang putih, bawang besar, kulit kayu manis, bunga cengkih dan satu cawan air dalam periuk. panaskan sehingga ayam empuk.
2. Masukkan kentang, lobak merah, rempah kari, kaskas dan 2 cawan air. Kacau rata dengan api yang perlahan hingga ubi kentang dan lobak merah menjadi empuk.
3. Masukkan santan dan lebihan air. Kacau sebati hingga kuah mendidih dan pecah minyak. Akhir sekali masukkan garam.
*Roti jala boleh dimakan bersama kari ayam, kari daging atau kuah durian.
Kredit to Koleksi Juadah Istimewa Memikat Selera by Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Buku koleksi resipi pertama yang saya beli tapi hingga ke hari ini belum try semuanya..almaklum sentiasa sibuk dengan kerja, kelaurga dan hobi berkebun bunga dan tanam sayur...Hari-hari masak sesimple-simplenya...anak-anak tetap puji..mak masak sedap...tq anak-anak.
No comments:
Post a Comment