NUFFNANG

Saturday, 14 May 2016

Nasi Lemak...Enak sekali!!


Anak-anak gadis dan teruna..belajar ya!! 

Bahan-bahan dan Cara-cara menyediakan Nasi Lemak yang enak....

3.0  RESIPI NASI LEMAK (untuk 4 orang)

Kuantiti

Bahan-Bahan

Arahan Penyediaan
2 cawan (180 gm)



Beras



Rendam selama 20 minit, basuh beberapa kali, masukkan santan, hirisan halia, halba, serai, daun pandan dan garam. Kukus selama 20-25 minit.
1 ulas 
Bawang Bombay

Rebus dahulu kemudian kisar
8 biji
Cili Kering

1 keping
Gula melaka

2 biji
Isi buah keras
1 hiris
Halia
20 gm
Ikan bilis halus
Digoreng dan dikisar
1.2 cm
Belacan
Dibakar dan dikisar
1 batang
Serai
Potong kasar dan kisar
Secukup nya
Garam
Asam Jawa
Air

4 Camb
Minyak masak
Untuk menumis dan menggoreng
2 camb
Kacang Tanah
Digoreng
2 biji
Telur
Direbus dan dibelah dua
2.5 cm
Timun
Dihiris
4 helai (23 cm X 23 cm)
Daun pisang
Dilayur atas api dan dilap



 Cara-cara Penyediaan:-

1.  Basuh beras yang telah direndam beberapa kali sehingga air kelihatan jernih. Masukkan bahan-bahan iaitu daun pandan yang telah dicarik dan disimpul, masukkan santan secukupnya, garam, serai yang telah dititik dan 6 biji halba yang telah dicuci.  Jerang di atas api yang sederhana atau boleh menggunakan periuk nasi elektrik.

2.  Panaskan minyak masak, pastikan api sederhana supaya ikan bilis tidak hangus, goreng ikan bilis dan angkat.
3.  Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar hingga berbau wangi.
4.  Masukkan air asam jawa
5.  Masukkan ikan bilis goreng yang telah dikisar ke dalam sambal.
6.  Apabila sambal telah menjadi pekat, masukkan garam secukup rasa. Kacau dan angkat.
Cara Pembngkusan Nasi Lemak:
1.  Sendukkan nasi atau boleh menggunakan mangkuk untuk menyukat nasi ke atas sehelai daun pisang . 
2.  Letakkan tiga hirisan timun, setengah biji telur, 1 cams sambal ikan bilis dan kacang tanah goreng di atas timbunan nasi.  Bungkus dengan kemas.

Cara menghidang Nasi Lemak:
1.  Gunakan mangkuk untuk menyukat nasi lemak.  Letakkan di atas pinggan makan.  Letakkan 2 atau 3 hirisan timun, setengah biji telur rebus, 1 camca atau lebih dan 1 sudu makan atau jumlah kacang tanah goreng yang bersesuaian di atas timbunan nasi lemak dan hidangkan.


dah.....








 Tahniah! Anda berjaya...


No comments:

Post a Comment