Saya mengenali pocketyou Asia melalui seorang rakan fb. Dahulunya beliau adalah leader saya dlm satu platform perniagaan emas, namun saya bukanlah seorang yang aktif atas faktor kurang ilmu dan kurang modal juga.
Di awal tahun 2023 tepatnya bulan febuari, Allah beri saya kelapangan untuk memiliki sedikit modal. Saya tercari-cari apakah cara saya supaya duit yang ada tu boleh bertahan. Sebelum ini saya banyak juga ikut- ikut belajar jual produk secara dropship dengan rakan-rakan fb..Jujur sangat susah bagi saya untuk mendapatkan seorang pelanggan pun. Mungkin untuk kelihatan menyakinkan orang ramai itu amat sukar buat saya. Akhirnya banyak yang saya belajar tapi tidak mampu mempraktikkannya. Saya hanya sharing tapi untuk mendapatkan satu jualan pun sukar buat saya..hmmm takpa lah, mungkin bukan masanya lagi.
Bersambung cerita bagaimana terjumpa pocketyou Asia. Sejurus selepas diberitahu oleh rakan mengenai applikasi ini dan bagaimana cara ianya boleh membantu kita memperolehi ganjaran, saya pun memulakan pencarian, kajian, perbandingan dan akhirnya menggunakan intuisi saya.. kata orang intuisi akan memberikan kita jawapan yang boleh diyakini. Saya baca review dari fb, rakan yang sudah join terlebih dahulu, saya tengok juga sama ada website Pocketyou Asia.Com boleh dipercayai atau tidak, lihat peratusan, tengok pemilik web dan sebagainya. Bolehlah disimpulkan, saya mengkaji dan membuat keputusan dalam berminggu-minggu juga.
Akhirnya pada 6 Mac dengan berbekalkan kajian dan intuisi saya, saya pun memberanikan diri mengambil risiko yang sudah saya pertimbangkan. Ketika kita download aplikasi ini ianya perlukan no hp yang ada whatsapp dan tidak memerlukan pasword, kod akan dihantar ke whatsapp kita. Tahap keselamatan yang tinggi juga.
Untuk pengguna biasa aplikasi ini dipanggil regular member dan bila anda upgrade member anda akan masuk group masterpiece.
Sejurus selepas mengundoh aplikasi ini, saya terus memperolehi rm5 sebagai reward sudi bergabung. Wah!! memang menarik. Produk utama yang saya nampak dalam aplikasi saya tu ialah supplement Fix-B dan kopi cofficof. Saya difahamkan bahawa kalau buat urusan pembelian dalam aplikasi ni kita akan diberi reward tapi kalau nak income yang lebih harus ada modal, harus buat pembelian produk dan kita akan mendapat beberapa reward. Yang menariknya rewad mp earning di mana pendapatan dijana setiap saat. Lebih menarik lagi modal yang kita laburkan tidak hangus, modal itu kita akan dapat di akhir tempoh 6 bulan seperti dalam kesepakatan jualan yang ditandatangani. Ini ada caranya supaya kita boleh dapat modal kita kembali. Kesepakatan jualan ini hanya 6 bulan sahaja ya. Setelah itu kita boleh memutuskan untuk menarik diri atau menyambung kesepakatan dalam 6 bulan lagi ke tempoh berikutnya.
Modal saya tu rahsia ya!! dan pada tarikh 6/4/2023, saya withdraw hasil pada bulan pertama, taklah banyak sebb modal sy pun kecik je tapi cukup membantu saya dalam urusan perbelanjaan sekolah anak-anak.
Urusan withdraw pulak sangat mudah dan agak pantas jugak cuma urusan withdraw jangan dibuat pada waktu malam sebab siangnya baru akan diproses. Jangan juga dibuat pada waktu cuti kerja sabtu dan ahad sebab prosesnya hanya akan dilakukan pada waktu bekerja.
Terima kasih pada rakan yang memperkenalkan ini kepada saya..katanya benda yang baik harus disebarkan. Saya harap aplikasi ini akan terus berkembang maju dan tetap telus untuk membantu para peniaga mengekalkan pelanggan setia mereka dan pelanggan juga mendapat manafaat yang benar-benar membantu kehidupan seharian.
Sekian cerita saya mengenai aplikasi yang kini sedang berkembang di negara Indonesia, Malaysia, Singapura dan khabarnya memasuki Filipina dan Thailand. Semoga memberi impak positif pada penggunanya.
Sekian perkongsian..
With love from me the first member of Pocketyou Asia in Sabah Borneo.
*Kesepakatan Jualan saya dari 6 March 2023 dan berakhir 2 September 2023, 180 hari@6 bulan..saya akan review pada bulan kedua saya dalam ni alias saya perolehi income kali ke dua..niat hati nak kumpul income tu diam dalam app tapi tak boleh juga disebabkan banyak komitmen. tak pa itu lah guna nya hasil usaha kita..untuk insan2 yang kita sayang.
Kalau berminat boleh join di sini ya..
Join free dan buat kajian mendalam..
https://app.pocketyouasia.com/invite?type=referral&code=4A9BE3D3
No comments:
Post a Comment