NUFFNANG

Friday, 27 October 2023

6 MANAFAAT AIR MINERAL

6 MANAFAAT AIR MINERAL YANG DIBOTOLKAN


Air mineral berbeza dengan air minuman yang dibotolkan. 

Air minuman yang dibotolkan adalah merupakan air yang  diproses dari sumber air yang dirawat untuk membasmi kotoran dan bakteria. Air minuman yang dibotolkan tidak mengandungi banyak mineral.

Air mineral pula merupakan air yang diperoleh dari sumber air semula jadi(nature) seperti mata air dan telaga. Sumber ini mengandungi mineral dan unsur-unsur lain yang memberi manafaat kepada kesihatan tubuh badan kita.

Mari kita lihat 6 manafaat air mineral kepada kita.

1.  Penghidratan Kulit

Kunci utama untuk kulit yang sihat dan bersinar adalah dengan air. Meminum air yang mencukupi dan secara konsisten akan dapat menjaga kulit kita agar sentiasa lembab dan sekaligus mengurangkan kekeringan kulit.
Air membantu proses regenerasi sel kulit supaya nantinya kulit kita tampak segar dan awet muda.

2. Meningkatkan Penghasilan kolagen.

Air mineral mengandungi silika, silika ini membantu merangsang penghasilan kolagen pada kulit kita. Apabila kolagen meningkat, kulit kita kelihatan lebih muda dan segar.( manafaat kolagen boleh googling ya).

Kolagen juga sebenarnya banyak membantu dalam proses penyembuhan luka, menjadikan kulit pulih daripada luka dan kecederaan dengan lebih cepat.

3.  Membantu mengurangkan jerawat

Air mineral juga membantu mengurangkan jerawat dan turut merawat masalah kulit yang lain. Air mineral membantu membersihkan toksin dalam tubuh yang boleh menyebabkan jerawat dan membantu dalam proses penyembuhan jerawat, kemerahan dan keradangan kulit.

4. Meningkatkan Peredaran Darah.

Air mineral membantu meningkatkan peredaran darah yang penting untuk kulit yang sihat. Peredaran darah yang baik membantu membawa oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh termasuk kulit. Oleh yang demikian air mineral membantu kulit kita kelihatan lebih anjal dan bermaya.

5.  Membantu Proses Penyembuhan Luka.

Air mineral kaya dengan mineral magnesium dan kalsium. Kedua- dua bahan ini membantu proses penyembuhan luka, membantu mempercepatkan penghasilan semula sel kulit dan luka lebih cepat sembuh.

6. Meningkatkan Kesihatan Rambut Dan Kuku

Mineral dalam air mineral juga bagus untuk rambut dan kuku kita. Menjadikan rambut dan kuku lebih kuat, tidak mudah putus atau rapuh.

Satu kajian menyatakan bahawa kulit yang terjejas akibat sinar matahari berjaya dikurangkan selepas pengambilan 10 mg silika setiap hari selama 20 minggu(ertinya 5 bulan lah tu kan).
Bukan semua air mineral mengandungi silika. Oleh itu kena cari air mineral dalam botol yang mengandungi silika.

Kulit cantik bermula dari dalaman.Serlahkan kulit anjal, bercahaya dan awet muda.


Sumber:
https://hellodoktor.com/kesihatan/fakta-menarik/air-mineral-rahsia-kulit/

No comments:

Post a Comment