NUFFNANG

Thursday, 15 February 2018

Panduan Bagi Seorang Yang Selalu Ingin Sempurna Untuk Menguruskan Tekanan.....Dengan bijaksana

Hai...
Al kisahnya saya seorang yang selalu inginkan kesempurnaan..saya mempunyai jangkaan yang agak tinggi terhadap diri sendiri dan juga orang lain khasnya kepada anak-anak dan suami saya.  Saya mementingkan kesempurnaan dan ketertiban.  Contoh mudah yang boleh saya berikan adalah...saya mahu semua barang di rumah terletak dalam kedudukan yang betul dan tetap..Periuk nasi hendaklah berada pada soket yang betul, jadi bila hendak masak, cuma on kan sahaja tanpa berfikir soket mana hendak diguna.  Saya mahu peralatan rumah juga terletak di tempat yang betul. 
Demikian pula dalam pendidikan anak-anak..saya mahu mereka melakukan yang terbaik dan berusaha dengan gigih.Namun begitu jangkaan, harapan dan keinginan saya untuk sempurna tidak ada satu pun yang tercapai...Sekarang setelah mengalami banyak liku-liku hidup, saya mulai mengerti kenapa ianya tidak boleh seperti apa jangkaan saya...Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..
Saya juga takut melakukan kesalahan..Jika tersilap, saya akan rasa tertekan. Saya sentiasa berfikir tentang apa kata orang lain jika saya berbuat salah...dan saya menyedari, ianya seharusnya bukan begitu.  Sekarang saya semakin sedar sikap itu meletihkan..dan membuang sikap tersebut memerlukan proses tapi saya yakin akan dapat melakukannya.
Saya seorang yang mengejar kesempurnaan sehingga takut melakukan kesalahan. Saya sering bersedia untuk menonjolkan diri sebagai seorang yang sempurna. Pada sisi yang lain ianya membuatkan saya sentiasa ingin membuat yang terbaik dan malah bermimpi untuk memenangi sesuatu perlumbaan.  Namun saya akhirnya sedar bahawa semua perasaan itu membuat saya lebih tertekan.
Saya rasa, saya tidak berseorangan dalam perasaan keinginan untuk sempurna dan berjangkaan tinggi.Jangkaan yang sungguh tinggi dan  berusaha gigih untuk pencapaian peribadi tinggi buat diri sendiri. Realitinya bagi saya, saya tidak mampu untuk mencapai apa yang saya jangkakan namun saya sentiasa mencabar keupayaan diri sendiri untuk membuat yang terbaik.
Mengikut  kajian, orang yang mengejar kesempurnaan cenderung berasa lebih tertekan dan mempunyai tekanan mental yang lebih berat.  Namun begitu terdapat cara untuk mengurus tekanan dengan "cara yang sempurna" supaya kita lebih periang dan ceria dalam kehidupan seharian.
OK...menurut lama web yang saya baca, boleh lihat  https://www.mydoc.asia terdapat cara-caranya..Yuk baca..
i)   Menguruskan tugasan atau pemikiran seharian kepada bahagian-bahagian kecil.
      Pimpin diri untuk memulakan sesuatu secara langkah demi langkah. Lakukan ini terhadap tugas seharian, jadual kerja anda malah termasuk fikiran anda juga.
“Saya tidak boleh jadi sempurna apabila segalanya kelihatan huru-hara, atau membuatkan saya keliru!”
ii)  Ambil satu langkah pada satu-satu masa...nikmati kejayaan anda walau cuma kejayaan kecil sahaja..ianya sangat bermakna buat diri kita.
     Bila membuat perancangan, elakkan mengikut maklumat yang terlalu terperinci kerana kita akan keliru dan terlepas daripada gambaran menyeluruh(lebih besar) tentang apa sebenarnya yang perlu dilakukan.
Apabila tugasan telah dibahagikan kepada tugasan-tugasan kecil, anda akan dapati bahawa ianya menjadi lebih mudah untuk diselesaikan berbanding menyelesaikan tugasan besar dalam satu masa.  Pencapaian tugasan-tugasan kecil akan terkumpul dan anda pasti gembira dengan kejayaan anda...BRAVO!
iii)  Kekal Fokus..Pertimbangkan Sama Ada Sesuatu Itu Berada Di Dalam Kawalan Anda atau Di Luar Kawalan Anda.
Fokus lah kepada tugasan anda..ada yang boleh kita kawal dan ada yang tidak boleh.  Contohnya...tugasan orang lain takkan mampu kita kawal...Ingatlah...kita tak mampu mengawal semua dalam kehidupan kita apatah lagi hidup orang lain.  Cuma kita boleh mengawal cara kita memberi respon atau tindak balas, cara kita menyelesaikan tugasan kita dan juga cara menghabiskan wang dan masa dalam kehidupan seharian.  Beri perhatian pada situasi yang boleh kita ubah dan bukannya situasi yang tidak boleh diubah...so stay focus guys!
iv) Jangan Menyingkirkan Semua Fikiran Negatif Yang Anda Ada
Kadangkala bukan semua fikiran negatif itu sifatnya merugikan. Kadangkala terdapat fikiran negatif yang kita boleh terima dan jadikan itu semangat untuk meneruskan kehidupan..Well..jangan keburu berasa positif pada setiap masa ya!
v)  Perhatikan Petanda Awal..Mungkin Kesukaran Bakal Tiba kepada Anda.
Kenali dan perhatikan tanda awal seperti kerap sakit kepala, lemah atau kurang tenaga, otot-otot tegang, sakit perut, cirit-birit dan lain-lain lagi..Jaga lah diri anda...usahakan yang terbaik untuk diri sendiri. sayangi diri anda!

vi)  Jangan Membandingkan Diri Sendiri Dengan Orang Lain
Teruknya perasaan bila suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain..Maka timbullah rasa rendah diri, ragu-ragu atau tiada keyakinan tetapi pada masa yang sama menaruh harapan yang besar pada diri sendiri.
Orang sempurna sering membandingkan diri dengan orang lain...mungkin untuk mengukur kesempurnaan diri nya...Tapi INGAT..Kita semua BERBEZA. Setiap orang ada kelemahan dan kekuatan.  Di situlah letaknya kecantikan dan keunikan masing-masing.
vii)   Nikmatilah Kehidupan..Di Sepanjang Masa
Untuk mencapai kesempurnaan ...tidak semestinya kita harus sempurna sepanjang masa.  Lihatlah pencapaian yang telah kita lakukan...tugasan-tugasan kecil dalam hidup seharian kita.

“Lebih baik untuk berfikir bahawa saya sempurna dengan menyelesaikan semua tugas kecil, dan bukannya berfikir saya tidak sempurna kerana tidak mencapai jangkaan keseluruhan saya!”


Sumber:


https://www.mydoc.asia/ms/juliet-station/7-tips-perfectionists-manage-stress-perfect-way

No comments:

Post a Comment