NUFFNANG

Saturday, 3 February 2018

Rasa Lelah Dalam Kerja? Bagaimana Mengelakkannya

Image result for image office


                                                                 Photo dari Google
                                                           


Anda rasa penat dalam pekerjaan seharian?  Berikut tip yang boleh diikuti untuk mengelakkan rasa penat atau jemu terhadap pekerjaan yang kita lakukan terutamanya kerja rutin yang harus dijalankan.

*  Suka terhadap pekerjaan anda dengan sepenuh hati.
*  Bangunkan kerja anda kepada skop yang lebih luas atau lebih tinggi.
*  Bersedia dengan bekalan tenaga yang mencukupi seperti makanan yang berzat terutama sekali bagi  
    mereka yang terlibat dalam pekerjaan yang berat dan kasar.        
*  Seimbangkan antara berkomunikasi dengan mesin dan berkomunikasi dengan manusia. Berkomunikasi
    dengan mesin meletihkan tetapi berkomunikasi dengan manusia akan menyegarkan.
*  Jika anda merasakan lemah berkomunikasi dengan manusia dan segar berkomunikasi dengan mesin maka
    anda bukanlah seorang yang produktif tetapi robotik yang hanya memerlukan seorang majikan.
*  Ruang kerja hendaklah mempunyai bekalan oksigen yang segar.
*  Bekerja di dalam ruang yang luas.
*  Sediakan dua kerja yang berasingan:-
    i) Ruang kerja utama 
    ii) Ruang kerja sokongan
    #  Apabila anda letih dengan kerja utama, berpindahlah kepada kerja sokongan. Anda akan segar semula.
        Kerja sokongan adalah seperti menyusun atau mencari fail, mencari bahan di internet, berkomunikasi 
        dengan seseorang, membina prototype, mesyuarat dan sebagainya.
*  Kerja yang memerlukan kekuatan minda memerlukan bekalan oksigen yang segar dan makanan yang
    berzat.

Sumber:  Majalah solusi isu no.19 2010

No comments:

Post a Comment