NUFFNANG
Thursday, 22 March 2018
Mengenali Peribadi Yang Kreatif
Adakah anda seorang yang kreatif atau adakah di kalangan ahli keluarga, sahabat atau teman-teman anda yang sebenarnya seorang yang kreatif tetapi anda tidak benar-benar dapat memastikannya. Menurut sumber, individu atau peribadi yang kreatif memiliki kriteria yang berikut:-
1. Mempunyai jiwa yang merdeka, tidak suka dikongkong, tidak suka terikut-ikut dan tidak peduli pada kritikan orang lain.
2. Tidak dahagakan pengiktirafan, puji-pujian atau ganjaran daripada orang lain. Mampu memuji dan mengkritik diri sendiri.
3. Mereka berani membuat keputusan dan setia bertanggungjawab atas risiko keputusan mereka. Mereka tidak suka undian dalam mesyuarat atau akur pada tekanan luar.
4. Bersikap terbuka dan sedia menerima kenyataan bahawa ada kalanya mereka tidak rasional, oleh itu mereka toleran terhadap kritikan orang lain.
5. Peribadi orang yang kreatif adalah stabil. Mereka tidak akan berubah-ubah ikut tekanan-tekanan yang datang dari luar.
6. Meminati seni dan berjiwa halus.
7. Berperangai dominan dan asertif, tidak suka jadi pengikut dan kecewa apabila orang tidak mengikut pemikirannya.
8. Jiwanya lebih kompleks, sukar difahami oleh orang lain.
9. Mudah menerima hakikat akan kelemahan dan kekurangan yang ada pada dirinya, oleh itu mudah mengaku apabila dirinya membuat kesilapan.
10. Lebih panjang akal, tidak mahu menerima jawapan TIDAK dan akan terus berusaha.
11. Berani dan suka mencuba perkara baru yang tinggi risikonya.
12. Berjiwa radikal, berani mencabar perkara-perkara pokok, tidak takut berenang menongkah arus.
13. Dapat mengawal diri sendiri.
14. Kemungkinan besar mereka introvert, banyak bercakap dengan diri sendiri.
Sumber: Berfikir seperti Invventor
Oleh Ainon Mohd & Abdullah Hassan
Minda kreatif PTS
Friday, 2 March 2018
Guru dari Afrika..mengajar ICT menggunakan papan tulis sahaja. Guru yang hebat
Seorang guru mata pelajaran Informasi & Teknologi Komunikasi (ICT) di Ghana begitu gigih melakar sistem operasi Microsoft Word di papan tulis bagi memberi penjelasan yang lebih terperinci cara-cara menggunakan serta fungsi Microsoft Word kepada para pelajarnya.. Terserlah kesungguhan dan sifat dedikasinya.
Biarpun dalam keadaan yang serba kekurangan, tanpa fasiliti dan kemudahan kelas yang canggih, guru berdedikasi bernama Richard Akoto ini tampil bijak menggunakan lakaran rajah paparan Microsoft Word yang disertai dengan penjelasan fungsi agar dapat difahami dengan jelas oleh para pelajar.
“Saya sayang pelajar-pelajar saya, jadi saya perlu lakukan yang terbaik dan sanggup buat apa sahaja untuk meraih kefahaman mereka tentang ilmu ICT ini,” jelas Richard.
Menurut sumber dari sebuah portal berita Afrika Quartz, Richard sudah sekian lama berkhidmat di sekolah tersebut namun, kemudahan komputer mereka adalah terhad malah sudah lama tidak diperbaharui sejak 2011. Meskipun begitu, adalah menjadi syarat khursus bagi kesemua pelajar di sekolah berkenaan untuk lulus subjek ICT.
Boleh klik link berikut untuk mengetahui cerita seterus nyahttps://www.wanista.com/2018/155977/tak-ada-komputer-tak-ada-hal-cikgu-afrika-viral-ajar-murid-ict-guna-lukisan-di-papan-hitam/
Thursday, 15 February 2018
Panduan Bagi Seorang Yang Selalu Ingin Sempurna Untuk Menguruskan Tekanan.....Dengan bijaksana
Hai...
Al kisahnya saya seorang yang selalu inginkan kesempurnaan..saya mempunyai jangkaan yang agak tinggi terhadap diri sendiri dan juga orang lain khasnya kepada anak-anak dan suami saya. Saya mementingkan kesempurnaan dan ketertiban. Contoh mudah yang boleh saya berikan adalah...saya mahu semua barang di rumah terletak dalam kedudukan yang betul dan tetap..Periuk nasi hendaklah berada pada soket yang betul, jadi bila hendak masak, cuma on kan sahaja tanpa berfikir soket mana hendak diguna. Saya mahu peralatan rumah juga terletak di tempat yang betul.
Demikian pula dalam pendidikan anak-anak..saya mahu mereka melakukan yang terbaik dan berusaha dengan gigih.Namun begitu jangkaan, harapan dan keinginan saya untuk sempurna tidak ada satu pun yang tercapai...Sekarang setelah mengalami banyak liku-liku hidup, saya mulai mengerti kenapa ianya tidak boleh seperti apa jangkaan saya...Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..
Saya juga takut melakukan kesalahan..Jika tersilap, saya akan rasa tertekan. Saya sentiasa berfikir tentang apa kata orang lain jika saya berbuat salah...dan saya menyedari, ianya seharusnya bukan begitu. Sekarang saya semakin sedar sikap itu meletihkan..dan membuang sikap tersebut memerlukan proses tapi saya yakin akan dapat melakukannya.
Saya seorang yang mengejar kesempurnaan sehingga takut melakukan kesalahan. Saya sering bersedia untuk menonjolkan diri sebagai seorang yang sempurna. Pada sisi yang lain ianya membuatkan saya sentiasa ingin membuat yang terbaik dan malah bermimpi untuk memenangi sesuatu perlumbaan. Namun saya akhirnya sedar bahawa semua perasaan itu membuat saya lebih tertekan.
Saya rasa, saya tidak berseorangan dalam perasaan keinginan untuk sempurna dan berjangkaan tinggi.Jangkaan yang sungguh tinggi dan berusaha gigih untuk pencapaian peribadi tinggi buat diri sendiri. Realitinya bagi saya, saya tidak mampu untuk mencapai apa yang saya jangkakan namun saya sentiasa mencabar keupayaan diri sendiri untuk membuat yang terbaik.
Mengikut kajian, orang yang mengejar kesempurnaan cenderung berasa lebih tertekan dan mempunyai tekanan mental yang lebih berat. Namun begitu terdapat cara untuk mengurus tekanan dengan "cara yang sempurna" supaya kita lebih periang dan ceria dalam kehidupan seharian.
OK...menurut lama web yang saya baca, boleh lihat https://www.mydoc.asia terdapat cara-caranya..Yuk baca..
i) Menguruskan tugasan atau pemikiran seharian kepada bahagian-bahagian kecil.
Pimpin diri untuk memulakan sesuatu secara langkah demi langkah. Lakukan ini terhadap tugas seharian, jadual kerja anda malah termasuk fikiran anda juga.
“Saya tidak boleh jadi sempurna apabila segalanya kelihatan huru-hara, atau membuatkan saya keliru!”
ii) Ambil satu langkah pada satu-satu masa...nikmati kejayaan anda walau cuma kejayaan kecil sahaja..ianya sangat bermakna buat diri kita.
Bila membuat perancangan, elakkan mengikut maklumat yang terlalu terperinci kerana kita akan keliru dan terlepas daripada gambaran menyeluruh(lebih besar) tentang apa sebenarnya yang perlu dilakukan.
Apabila tugasan telah dibahagikan kepada tugasan-tugasan kecil, anda akan dapati bahawa ianya menjadi lebih mudah untuk diselesaikan berbanding menyelesaikan tugasan besar dalam satu masa. Pencapaian tugasan-tugasan kecil akan terkumpul dan anda pasti gembira dengan kejayaan anda...BRAVO!
iii) Kekal Fokus..Pertimbangkan Sama Ada Sesuatu Itu Berada Di Dalam Kawalan Anda atau Di Luar Kawalan Anda.
Fokus lah kepada tugasan anda..ada yang boleh kita kawal dan ada yang tidak boleh. Contohnya...tugasan orang lain takkan mampu kita kawal...Ingatlah...kita tak mampu mengawal semua dalam kehidupan kita apatah lagi hidup orang lain. Cuma kita boleh mengawal cara kita memberi respon atau tindak balas, cara kita menyelesaikan tugasan kita dan juga cara menghabiskan wang dan masa dalam kehidupan seharian. Beri perhatian pada situasi yang boleh kita ubah dan bukannya situasi yang tidak boleh diubah...so stay focus guys!
iv) Jangan Menyingkirkan Semua Fikiran Negatif Yang Anda Ada
Kadangkala bukan semua fikiran negatif itu sifatnya merugikan. Kadangkala terdapat fikiran negatif yang kita boleh terima dan jadikan itu semangat untuk meneruskan kehidupan..Well..jangan keburu berasa positif pada setiap masa ya!
v) Perhatikan Petanda Awal..Mungkin Kesukaran Bakal Tiba kepada Anda.
Kenali dan perhatikan tanda awal seperti kerap sakit kepala, lemah atau kurang tenaga, otot-otot tegang, sakit perut, cirit-birit dan lain-lain lagi..Jaga lah diri anda...usahakan yang terbaik untuk diri sendiri. sayangi diri anda!
vi) Jangan Membandingkan Diri Sendiri Dengan Orang Lain
Teruknya perasaan bila suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain..Maka timbullah rasa rendah diri, ragu-ragu atau tiada keyakinan tetapi pada masa yang sama menaruh harapan yang besar pada diri sendiri.
Orang sempurna sering membandingkan diri dengan orang lain...mungkin untuk mengukur kesempurnaan diri nya...Tapi INGAT..Kita semua BERBEZA. Setiap orang ada kelemahan dan kekuatan. Di situlah letaknya kecantikan dan keunikan masing-masing.
vii) Nikmatilah Kehidupan..Di Sepanjang Masa
Untuk mencapai kesempurnaan ...tidak semestinya kita harus sempurna sepanjang masa. Lihatlah pencapaian yang telah kita lakukan...tugasan-tugasan kecil dalam hidup seharian kita.
“Lebih baik untuk berfikir bahawa saya sempurna dengan menyelesaikan semua tugas kecil, dan bukannya berfikir saya tidak sempurna kerana tidak mencapai jangkaan keseluruhan saya!”
Sumber:
Saturday, 3 February 2018
Rasa Lelah Dalam Kerja? Bagaimana Mengelakkannya
Photo dari Google
Anda rasa penat dalam pekerjaan seharian? Berikut tip yang boleh diikuti untuk mengelakkan rasa penat atau jemu terhadap pekerjaan yang kita lakukan terutamanya kerja rutin yang harus dijalankan.
* Suka terhadap pekerjaan anda dengan sepenuh hati.
* Bangunkan kerja anda kepada skop yang lebih luas atau lebih tinggi.
* Bersedia dengan bekalan tenaga yang mencukupi seperti makanan yang berzat terutama sekali bagi
mereka yang terlibat dalam pekerjaan yang berat dan kasar.
* Seimbangkan antara berkomunikasi dengan mesin dan berkomunikasi dengan manusia. Berkomunikasi
dengan mesin meletihkan tetapi berkomunikasi dengan manusia akan menyegarkan.
* Jika anda merasakan lemah berkomunikasi dengan manusia dan segar berkomunikasi dengan mesin maka
anda bukanlah seorang yang produktif tetapi robotik yang hanya memerlukan seorang majikan.
* Ruang kerja hendaklah mempunyai bekalan oksigen yang segar.
* Bekerja di dalam ruang yang luas.
* Sediakan dua kerja yang berasingan:-
i) Ruang kerja utama
ii) Ruang kerja sokongan
# Apabila anda letih dengan kerja utama, berpindahlah kepada kerja sokongan. Anda akan segar semula.
Kerja sokongan adalah seperti menyusun atau mencari fail, mencari bahan di internet, berkomunikasi
dengan seseorang, membina prototype, mesyuarat dan sebagainya.
* Kerja yang memerlukan kekuatan minda memerlukan bekalan oksigen yang segar dan makanan yang
berzat.
Sumber: Majalah solusi isu no.19 2010
Mempersiapkan anak gadis ke arah pengalaman HAID PERTAMA
Peranan Ibu Bapa. Seberapa Besarnya?
Rakan sebaya memainkan peranan yang besar ketika beralih ke alam remaja. Banyak perkara serta maklumat yang dikongsi bersama. Biasanya perbualan akan lebih berkisar tentang hal-hal di sekitar mereka . Pada zaman teknologi di hujung jari anak-anak juga memperolehi maklumat bahkan berkongsi melalui majalah dan internet..atau lebih popular di laman sosial seperti facebook, we chat dan Instagram.
Namun begitu pengaruh terbesar dalam kehidupan anak-anak masih lagi dipegang oleh ibu bapanya. Anak-anak perempuan masih berasa malu untuk mengajukan pertanyaan atau persoalan mengenai akil baligh kepada orang lain. Di sini lah letaknya peranan ibu bapa untuk memberikan sokongan terbaik buat anak gadisnya.
Ibu bapa boleh melakukan ....bagaimana??
1. Bercakap/Bercerita Mengenai Haid
Secara purata Umur bagi seorang gadis mengalami haid yang pertama adalah pada usia 11 hingga 15 tahun, jadi ibu boleh mula merancang cara-cara untuk memulakan percakapan dengan anak perempuan anda tentang ini sebelum mencapai usia tersebut. Mungkin boleh dimulakan pada sekitar usia 10 tahun, kerana mereka akan mengalami perubahan akil baligh di mana tahap hormon memberontak dan juga perubahan secara fizikal dan mental. Ibu bapa adalah orang yang rapat dengan anak maka mereka yang memahami perubahan anak-anak mereka. Berbincang lah dengan anak perempuan anda kerana anak perempuan tidak akan kekok bercakap dengan anda mengenainya.
2. Membimbing Pemilihan Pad Kebersihan
Ibu bapa perlu memperkenalkan kegunaan pad kebersihan yang sesuai untuk anak perempuan mereka.Terdapat banyak jenis pad kebersihan di pasaran dengan jenama, pengeluar, warna, dan penggunaan yang berbeza. Bimbingan ini penting agar anak gadis anda tahu memilih pad kebersihan yang sesuai dan selesa untuk diri mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak gadis tentang bagaimana menggunakan pad kebersihan dengan betul, mengenai kebersihan, cara penggunaan dan penjagaannya. Ajari merekasecara perlahan-lahandan anak perempuan anda akan mengambil petua anda seterusnya berdikari dalam masa yang singkat.
3. Mengajar Cara Mengira Kitaran Haid
Kewujudan telefon pintar menjadikan segalanya di hujung jari sahaja.Terdapat aplikasi kalendar yang dapat menghitung kitaran haid yang boleh dimuat turun secara percuma.
Ajari anak gadis anda cara mengira kitaran haid. Penting untuk kanak-kanak perempuan mengetahui sama ada mereka mempunyai tempoh haid yang tetap atau tidak. Mengetahui pengiraan kitaran haid juga memberi kebaikan kerana banyak penyakit obstetrik dan ginekologi dapat dikesan lebih awal melalui pengiraan kitaran haid. Beberapa penyakit yang dihadapi oleh wanita bermula dari tempoh haid yang tidak teratur sejak usia muda, jadi penting untuk dapat mengesan sebarang keanehan pada peringkat awal.
4. Mengajar Kawalan Emosi
Emosi seperti kemarahan, kekecewaan, dan kesedihan boleh datang dan pergi dengan cepat dan kerap dalam tempoh ini, kadang-kala walaupun tanpa kesedaran mereka sendiri.Seorang gadis yang akan mengalami tempoh haid pertama akan mengalami perubahan yang berbeza terhadap tahap hormonnya. Perubahan fizikal dan mental yang dilalui seorang gadis semasa akil baligh mungkin menakutkan baginya, jadi kita perlu menghabiskan masa bercakap dan membimbing mereka dalam tempoh ini, supaya mereka tidak mengalami kejutan yang keterlaluan apabila perubahan ini datang dalam kehidupannya.
5. Membimbing Dari Segi Tabiat dan Pemakanan
Pengalaman masa haid yang pertama boleh menimbulkan kekeliruan untuk anak gadis anda, jadi amatlah penting bagi ibu bapa memberi bimbingan tentang apa yang perlu diambil perhatian semasa tempoh ini. Ia mungkin terdengar mudah dan tidak perlu, tetapi ia mungkin memberikan makna tersendiri untuk anak anda.
Terdapat makanan yang harus dihindari semasa anda datang haid, seperti makanan dengan natrium atau kafein yang tinggi. Selain itu, terdapat beberapa tabiat dan aktiviti yang boleh membawa kepada tempoh yang tidak selesa, seperti kekejangan tempoh atau kesakitan.
Empat Makanan Yang Anda Harus Elakkan Semasa Tempoh Haid
Empat Makanan Yang Anda Harus Elakkan Semasa Tempoh Haid
Masa haid pertama seorang gadis adalah pengalaman yang tidak datang dua kali, jadi mari kita bersedia untuk membantu puteri anda di sepanjang jalan
Sumber:
https://www.mydoc.asia/ms/juliet-station/5-steps-perfectly-prepare-your-daughter-her-first-period?utm_source=mydoc-newsletter&utm_medium=sendy&utm_content=ms&utm_campaign=AreYouRiskingAnEarlyMenopauseInYour20s
Serba Sedikit Tentang Kanser Serviks
Salah satu penyebab utama kematian di seluruh dunia adalah kanser yang mana pada tahun 2012 8.2 juta kematian dilaporkan. Salah satu kanser yang menjadi penyumbang jumlah kematian ini adalah kanser serviks.
Di Malaysia, kanser serviks merupakan ketiga yang paling banyak dihadapi, ia nya merangkumi 11% daripada semua kanser dalam kalangan wanita. Lebih daripada 1100 wanita telah didiagnos bahawa menghadapi kanser serviks pada setiap tahun.Selepas umur 30 tahun risiko mengidapi kanser serviks meningkat dan puncaknya adalah pada umur 60-69 tahun.
Di Indonesia pula, kanser serviks adalah kanser kedua terbanyak selepas kanser payudara. Sebanyak 15,000 kes baru tentang kanser serviks di Indonesia pada setiap tahun.WHO meletakkan Indonesia sebagai negara yang mempunyai penghidap kanser serviks yang paling banyak. Dalam erti kata lain, kanser serviks merupakan pembunuh utama dalam kalangan wanita di Indonesia.
Dipetik daripada buletin terbitan https://www.mydoc.asia/ms ...berikut merupakan pertanyaan-pertanyaan yang kerap diajukan berkaitan kanser serviks.
Rujukan lengkap soal jawap di sini....
https://www.mydoc.asia/ms/juliet-station/most-asked-questions-about-cervical-cancer?utm_source=mydoc-newsletter&utm_medium=sendy&utm_content=ms&utm_campaign=CervicalCancerFAQsAnsweredByTheDoctor
https://www.mydoc.asia/ms/juliet-station/most-asked-questions-about-cervical-cancer?utm_source=mydoc-newsletter&utm_medium=sendy&utm_content=ms&utm_campaign=CervicalCancerFAQsAnsweredByTheDoctor
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
"Prison not bad," says controversial blogger | theSundaily
-
Gambar dalam kapal terbang mewah milik Sultan Brun... Gambar dalam kapal terbang mewah milik Sultan Brunei ...
-
KUNCI KEJAYAAN AFFILIATE MARKETING Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan dalam talian tetapi tidak pasti dari mana hendak ber...