BERFIKIR SEBELUM MENCUBA PERKARA-PERKARA BERIKUT
✅Jangan sekali-kali cuba mencintai seseorang yang anda tidak boleh melakukan hubungan seks. Dan begitu juga sebaliknya, Jangan sekali-kali Mencintai seseorang hanya Untuk seks.
✅Jangan sekali-kali menjalin hubungan berdasarkan fizikal seperti hanya kerana seseorang itu cantik secara fizikal. Selidiki watak nya.
✅Jangan sesekali curang dalam perhubungan. Kerana apabila anda curang seseorang yang benar-benar mencintai diri anda, akan terluka dengan begitu mendalam dan memberi kesan kepada kehidupannya.
✅Jangan sesekali menjerit kepada Ibu Bapa anda. Mereka telah memberikan semua mengikut keupayaan dan kemampuan mereka.
✅Jangan sekali-kali mencuba sebarang jenis narkotic, alkohol dan rokok! Ia mungkin nampak atau kelihatan hebat pada permulaannya tetapi apabila anda mencapai tahap ketagih, ia akan menjadi sangat sukar untuk keluar daripadanya. Ini akan memberi kesan yang besar kepada kualiti hidup anda dan orang-orang yang menyayangi anda.
✅ Jangan sekali-kali berfikir dan cuba untuk menamatkan hidup anda. Anda hanya membawa kesakitan kepada orang-orang yang anda sayangi dan menyayangi anda.
✅Jangan pernah membandingkan gaya hidup anda dengan orang lain di dunia ini. Anda sekarang berada di mana anda berada atas sebab-sebab atau alasan tertentu.
✅Jangan sekali-kali meminta Wang, Cinta, Perhatian dan Bantuan secara ketergantungan berlebihan kepada orang lain.
✅Jangan sekali-kali membuang masa untuk orang yang tidak boleh menerima anda apa adanya. Masa berlalu tanpa dapat diulang lagi dan anda akan kehilangan masa-masa berharga dalam usia anda.
✅ Jangan pernah mendengar orang lain yang meragui anda. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada jiwa anda. Yakin lah kepada kemampuan anda dan terima apabila anda perlu berulang kali mengulangi sesuatu untuk mengejar apa yang anda percayai.
✅Jangan pernah kehilangan harapan dalam diri anda setiap kali anda bermula, mulakan sesuatu yang baru. Bila gagal, bina harapan dan bangkit lagi.
✅Jangan berputus asa dengan apa yang kamu impikan. Kejar lah keinginanmu selagi ada masa dan kesempatan.
Apa yang penulis percayai dengan merujuk.beberapa sumber.
No comments:
Post a Comment