NUFFNANG

Friday, 26 July 2013

"Prison not bad," says controversial blogger | theSundaily

"Prison not bad," says controversial blogger | theSundaily

FAKTA MENARIK MENGENAI KUCING

MEOW...MEOW







Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. 
Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, 
benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat 
berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik pun
 cecair yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan 
alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang
 bulu-bulu mati 



Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia,
 perbezaan kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, 
dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan turun sample dengan usapan. 
Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus. 
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Keputusan yang diperolehi adalah:

1. Keputusan yang diambil dari kulit luar adalah negatif mempunyai kesan banteria, 
meskipun dilakukan berulang kali.

2. Perbandingan yang ditanamkan bakteria memberikan hasil negatif sekitar 80% jika 
dilihat dari cecair yang diambil dari dinding mulut.

3. Cecair yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif bakteria.

4. Sekalinya pun ada bakteria yang ditemui ketika proses kajian, bakteria itu masuk
 kelompok bakteria yang dianggap sebagai bakteria biasa yang berkembang pada tubuh
 manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. 
Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak dijumpai kumpulan bakteria yang pelbagai.

Berbagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil kajian makmal menyimpulkan 
bahawa kucing tidak mempunyai bakteria dan mikrob. Air liurnya bersih dan membersihkan.

sumber: http://kongsiberitakongsiartikel.blogspot.com/2013/07/kenapa-nabi-muhammad-sangat-menyayangi.html

Wednesday, 24 July 2013

Kanak Kanak LUAR BIASA Yang Mengejutkan CHINA dan DUNIA

Kisah ini benar-benar menyentuh hati.  Semoga kanak-kanak ini akan menjadi
seorang yang berjaya dalam hidupnya




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsVk8x7h_HAPznTBSPcwzpF_ssaa1hsbZU0R4gJ14eJu4Xgboi2sxjCd1uahNRS-tI501aIRp0i75B32dPg2LMOC19xn5iEi0XqJt-wgLu-fXm0R0NfEyxQXQD238CvXczFHP9k-Yb8NMA/s640/kisah-benar-luar-biasa.jpg





.Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di 
China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan
 telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Diantara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya

 kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana
 kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah

 tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan
 sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan 

ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. 
Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun
 dia tetap berjuang.




lagi>> Kanak Kanak LUAR BIASA Yang Mengejutkan CHINA dan DUNIA

Tuesday, 23 July 2013

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG




TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..



** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua
liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta

 berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah,

 kacang putih dan segala kacang bergaram

 ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi

 dan buah kana.


** Memakan mi segera seperti mi maggi dan

 makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning 


dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang 

menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti

 dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash
dan segala minuman berperisa juga perlu

 dielakkan kerana kandungan utama minuman ini 

mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa,

dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

 meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana 

teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata 

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan

 pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick ,
dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana
merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana
mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon

 penggemuk.
Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja
akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan

 ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya

berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi 

ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..


http://che-armad.blogspot.com/2013/07/tips-kesihatan-tips-
menjaga-buah.html

Kisah Nabi Luth dan Misteri Laut Mati

 Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330m.

Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

Pemandangan Laut Mati yang diambil pada tahun 1989 dari Columbia Space Shuttle (STS-28). Bahagian selatan terpisah daripada separuh bahagian utara akibat kemerosotan paras air laut.






Baca seterusnya

Kisah Nabi Luth dan Misteri Laut Mati

Keindahan Alam Semulajadi Bumi Palestin Yang Anda Tidak Terdapat di Media

      Palestin, pasti ramai di antara kita yang akan terbayang imej-imej peperangan, penindasan, penderitaan, runtuhan bangunan, pembunuhan dan sebagainya lagi yang menggambarkan sisi buruk dan kucar-kacir bumi anbiya' ini. 

Sekarang, sila buang jauh-jauh dulu gambaran tak elok tersebut...apakata kita hayati gambar-gambar bumi Palestin ini dari sisi lain (keindahannya) yang mungkin anda tak pernah lihat sebelum ini.


Baca seterusnya
Keindahan Alam Semulajadi Bumi Palestin Yang Anda Tidak Terdapat di Media

Monday, 22 July 2013

Solihin Zubir: Bayangkan Jika Perempuan Dibenarkan Poligami

Solihin Zubir: Bayangkan Jika Perempuan Dibenarkan Poligami: Topik hot di facebook hari ini. Poligami. Ramai yang melahirkan rasa terkilan terutamanya kaum hawa apabila mendengar berita Ashraf Mu...

ROKOK ELEKTRIK






Tahukah anda, pada masa kini semakin ramai dikalangan rakyat Malaysia
 menghisap rokok elektronik. Adakah menghisap rokok elektronik ini selamat
untuk kesihatan? Menurut Petikan berita yang di keluarkan BERNAMA
 “Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat
merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya
terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik,” menurut Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Liow Tiong Lai. Ini mungkin dapat membantu 1) Dr Zakaria Abdullah,
pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG)
 (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya. 
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok
tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya
mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak
 digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus). 3) Boston University
 School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah
lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti
merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok
elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik
 juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
 4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan
“Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau….
Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia
ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan
menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan
rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan
4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit
berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.” T
Kredit kepada
 http://che-armad.blogspot.com/2013/07/isu-panasss-rokok-elektrik-selamat.html

Saturday, 20 July 2013

SAKIT KEPALA?

TIPS KESIHATAN, SAKIT KEPALA
 ATAU MYGRAIN















Apabila anda sakit kepala atau mygrain, perkara pertama yang anda akan cari 
adalah panadol & minyak angin (minyak cap kapak paling famous!). Kemudian
 anda akan sapukan pada dahi, tepi dahi, dalam rambut, hidung, kening, Argghhhh!! 
Mandi minyak kapak teruslah!! Senang!Ya, ketika itu sakit kepala berdenyut 
memang tak dapat nak control. Mula rasa moody & nak muntah bila pening, 
mata mesti mahu dilelapkan bagi mengawal denyutan kepala. Terasa rimas!

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Tahukah anda bahawa 99% urutan pada
 otot tepi leher dimana dipanggil otot Sternocleidomastoid mampu mengurangkan
 gejala tersebut? Kenapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tak sapu & urut 
pada otot tersebut?

Sakit kepala dan sumber biasa diabaikan mereka boleh menghasilkan 
Myofascial Trigger Points. Simpulan otot ini yang menyebabkan sakit kepala 
biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang, tetapi boleh menjadi hasil
 daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh.

Titik punca / trigger points merupakan tumpuan 'hyper-irritable' dalam otot atau 
fascia yang menyebabkan fiber otot tegang dan sakit. Trigger points tersebut tidak
 mengikuti corak dermatome biasa.

Trigger points menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang & ketat. 
Ini menghadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan kelemahan,
 pengurangkan peredaran darah dan kesakitan. Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh, 
tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan. Memori otot ini boleh menghasilkan
 sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa
 tekanan fizikal dan emosi.

Trigger Point adalah gambaran Myofascial Trigger Points Therapy dimana cara
 terapi dan teknik yang digunakan untuk melegakan myofascial 
(myo = otot; fascial = tisu penghubung) kesakitan dan tidak berfungsi. 
Ianya terhasil dari kerjaya perubatan sepanjang hayat Dr. Janet travell dan 
David Simons. Myofascial Trigger Point diiktiraf oleh American Academy of Pain 
Management sebagai modul untuk rawatan sakit myofascial dan kegagalan ia berfungsi.

Kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala Migrain akibat Myofascial 
Trigger Pointss (TrP) dengan tanpa aura adalah tinggi.

Trigger point therapy adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan 
kepada peringkat. Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang 
dari sudut trigger point myofascial aktif dalam spenius atas cervicis otot 
yang terletak di bahagian belakang leher anda. Kesakitan daripada otot ini
 dijangka meningkat kepada bahagian occipt, dijana melalui tengkorak, dan
 berpindah ke belakang orbit (mata) - ianya dinamakan "sakit di dalam
 tengkorak" Kadang-kadang sakit splenius cervics dirujuk ke bawah pada
 tulang rangka bahu dan sudut leher.Fungsi 'splenii' ini bekerjasama untuk
 memutarkan kepala dan leher individu, menjadikan muka ke arah sebelah yang sama.

Gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku
 disebabkan oleh trigger point yang aktif dalam cervicis spenius dan otot capitis splenius.

Pengaktifan dan pengekalan trigger point dalam otot ini sering disebabkan
 oleh mengangkat beban berat tiba-tiba, kedudukan posture badan yang bengkok
 dalam jangka masa yang lama.

Satu lagi penyebab biasa sakit kepala yang teruk adalah trigger point dalam
 otot sternokleidomastoid atau simpulan di dalam otot di hadapan sebelah leher. 
Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dgn tulang selangka.
Trigger points di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.

Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, 
pipi, tekak, belakang dan atas kepala.Myofascial Trigger Points boleh membantu
 menyelesaikan gejala sakit kepala dan mygrain.

Apabila trigger point dikenalpasti, tekanan/urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, 
trigger point yang berkenaan sangat lembut, tetapi kesakitan beransur-ansur
 berkurangan 
kerana otot bermula untuk berehat. Rasa sakit yang dirawat akan
 berkurangan perlahan-lahan.Proses pengurutan pada trigger point dan
 regangan pada otot mampu mengurangkan 
kesakitan dan mengembalikan fungsi normal.

Zaki Khan


http://che-armad.blogspot.com/2013/07/tips-kesihatan-sakit-kepala-atau-mygrain.html

Misteri Yakjuj Makjuj Terbongkar

Merungkai misteri  Yakjuj dan Makjuj dengan fakta yang kukuh
bersandarkan Al Quran serta elemen yang logik seiring dengan
ilmu sains hari ini.





Friday, 19 July 2013

KENAPA BLOG LEMBAB BILA DIBUKA

Kenapa Blog Terlalu Lembap Bila Dibuka?

Kenapa sesetengah blog mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuka? Pengunjung akan lari meninggalkan blog anda kerana terpaksa menunggu dalam kadar masa yang agak lama untuk dibuka. Menjadi tanggungjawab anda untuk mencari punca berlaku kelembapan.

Widget yang berlebihan, gambar-gambar atau grafik yang terlalu banyak dalam blog, kod-kod skrip dari pihak ketiga yang selalu tersangkut untuk dibuka, terlalu banyak slideshow dan banyak lagi punca-punca lain adalah antara beberapa sebab blog mengambil masa yang lama untuk dibuka sepenuhnya.

Anda boleh menggunakan khidmat Pingdom Tools untuk menentukan punca-punca yang menyebabkan blog terpaksa mengambil masa yang lama untuk dibuka. Setiap satu punca yang dibuka melalui blog anda akan dicatat kepantasan masanya, dari situ anda boleh mengambil keputusan untuk membuang atau menukar punca mana yang mendatangkan masalah.

Buka laman web Pingdom Tools di sini http://tools.pingdom.com/fpt/.

Taip alamat URL blog anda tanpa "http://" dan tanpa "/" dalam ruangan yang disedikan dan klik Test now:


Skrol sedikit kebawah untuk melihat keputusan ujian:


Geraf jumlah masa yang di ambil untuk membuka satu URL:


Alamat URL laman dan saiz yang dibuka:


Daripada keputusan ujian yang ditunjukkan anda boleh mengambil keputusan untuk tidak menggunakan mana-mana URL yang lambat untuk dibuka.


http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.




HOSPITAL ANAK PATUNG


Tak da lah pelik sangatkan...Tentunya ini sebuah kedai membaiki anak-anak patung yang rosak,  Anak-anak patung ini pasti amat disayangi oleh pemiliknya dan hasil buatan yang kemas dan bermutu tinggi.  Anak-anak patung yang sungguh comel.....



Ragam, Pelik! Hospital Anak Patung Ditemui




Jika kita sakit, hospital menjadi tempat kita menerima rawatan. Jika anak patung ‘sakit‘ adakah mereka juga akan ke hospital? Sebuah tempat yang dijadikan sebagai hospital bukan hanya dikhususkan kepada manusia atau binatang sahaja. Tetapi sebenarnya ramai tidak mengetahui kewujudan hospital anak patung di Sydney, Australia yang kini mencecah usia 100 tahun. Wah lama tu. KisahBest.My difahamkan hospital ini sering menerima kunjungan pelanggan yang membawa anak patung yang ‘sakit’.

Sungguhpun di kalangan kita menggelarnya sebagai kedai membaiki anak patung, tetapi di Australia ia dikenali sebagai Sydney’s Famous Original Doll Hospital.




Perniagaan ini diuruskan oleh keluarga Harold Chapman Snr dan kini generasi ketiga dari waris itu, Geoff Harold Jnr menguruskan perniagaan tersebut sepenuhnya.

“Cetusan idea membuka kedai ini bermula selepas menerima ratusan anak patung rosak ketika dalam perjalanan dari Jepun ke Australia pada 1913. Sehingga kini, kami menerima banyak anak patung rosak dari seluruh Australia dan New Zealand untuk dibaiki,” katanya dalam laporan DailyMail



Menurutnya, sungguhpun kanak-kanak sekarang lebih terdedah kepada permainan komputer, tetapi masih ramai yang bermain dengan anak patung dan trend itu tidak hanya kepada kanak-kanak malah remaja juga berbuat demikian.

“Perniagaan kami tidak pernah terjejas. Pada 1995, kami memperoleh keuntungan bersih 2.5 juta pound (RM7.7 juta),” katanya.

Beliau berkata, ketika menjalankan perniagaan pada 1940-an, kedai ini mempunyai 70 pekerja yang mempunyai kepakaran seperti membaiki tangan, kepala, kaki dan badan anak patung.

“Tiada yang lebih memuaskan daripada melihat senyuman pada wajah kanak-kanak ketika mereka datang untuk mengambil semula anak patung berbanding ketika mereka datang untuk membaiki bahagian yang rosak dengan linangan air mata,” katanya.

Di kedai itu terdapat ratusan kaki, lengan, kepala dan beberapa anggota lain anak patung termasuk yang berusia 100 tahun. SUMBER

Melalui http://che-armad.blogspot.com/2013/07/ragam-pelik-hospital-anak-patung-ditemui.html

Job di rumah

Anda mungkin tercari-cari alternatif lain untuk menambah pendapatan.  
Salah satu caranya adalah melalui job di rumah.


Anda di jemput untuk melayari laman web berikut:
====================================
Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan.

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas

Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri

Maklumat lanjut sila ke website di bawah:

Mengenai Jobdirumah.com:
jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.

Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan dihantar terus ke email setiap pagi secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dgn kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.


Maklumat lanjut sila ke website di bawah:

Tuesday, 16 July 2013

WAJAH YANG LAMA DICARI


Salam..

Lama tercari-cari berita mengenai penyanyi jelita dan popular tahun 1980an.  Masih mengingati wajahnya yang begitu.  Berita terakhir yang diketahui ialah ketika berlangsung majlis perkahwinannya yang gilang gemilang.

>cerita lengkap di http://www.kakinakl.com/2013/07/hajah-mazuin-hamzah-dalam-nona.html



Monday, 15 July 2013

RAKYAT MALAYSIA BANYAK BERHUTANG




Bermula pada 5 JULAI 2013, Bank Negara telah menguatkuasakan peraturan baru menghadkan:
(i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun);
(ii) pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan
(iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Alasan utama yang diberikan Bank Negara adalah sebagai langkah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.

Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).

Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.
Maklumat lanjut di http://che-armad.blogspot.com

Sunday, 14 July 2013

Dato' Siti Nurhaliza - Galau (Official Video Lyric)


Kaum yang paling tertindas di dunia


 

Hanya dekat dengan Malaysia. Tak perlu pergi ke Afrika atau ke negara ke3 yang nun jauh di sana atau sinun. Tak perlu melihat ke Kurdish atau Kosovo atau Chehnya atau pun negara Balkan yang lain.

 Malahan kita selalu melihat dan terbaca dalam akhbar.

Di kala dunia megalu-alukan keluar pemerintahan tentera dan genggaman kuku besi rejim tentera di Burma, bangsa ini direnyuk hingga relai. Mereka tiada nilai. Selalu mereka tiada pilihan dan hanya perlu keluar dari kampung halaman dengan baju yang lusuh nan sehelai.

Segala kemudahan ditarik, mereka dinafikan pendidikan. Mereka dihadkan untuk melahirkan anak. Masjid dibakar.. perniagaan dipulau. yup boikot!

Inilah hakikatnya bangsa Rohingya. Satu bangsa yang dipadamkan rekod kewujudan oleh kerajaam zalim Burma pada tahun 1982*. Secara rekodnya mereka tidak wujud, mereka tiada negara walaupun telah menetap di bumi Burma sejak kurun ke 8* lagi. ( Bayangkanlah, kerajaan Melaka pun dibuka pada 1396,, i.e kurun ke 14).
Pendatang Cina dan India pun mula dibawa masuk ke Tanah Melayu pada kurun ke 19 atau 20, sekadar perbandingan, dan menjadi warga ketika 1957. Seterusnya kaum kaum ini bukan lagi pendatang, tetapi menjadi rakyat yang sama rata..

Kaum Rohingya adalah kaum yang tertindas didunia, inilah realiti masyarakat moden yang tidak nampak atau hanya kerana mereka Rohingya….

Adakah kerana mereka Muslim..Masih adakah lagi kemanusiaan…?

Pautan




http://bit.ly/ideapakar


Seperti orang lain juga, saya salah seorang yang sangat berminat dengan program menjana pendapatan secara online.  Saya bukan seorang yang pandai atau handal dalam seni menjual.  Atas minat yang begitu mendalam maka saya telah add beberapa orang IM yang terkenal dan banyak membaca idea-idea dan pengalaman dan kejayaan besar yang mereka capai.  Ada di antaranya yang sangat-sangat muda belia dah menempah kejayaan yang boleh dibanggakan.  Salah satu program yang saya banyak menimba ilmu ialah mengenai program affialiate.   Melalui kursus ini saya mengetahui banyak perkara asas dan teknik promosi yang sebelum ini saya langsung tidak mengetahuinya.   Yup...meniti perlahan-lahan, lama-lama jadi bukit kata orang.   Pastinya orang yang berjaya tidak akan pernah kenal erti putus asa.  Terima kasih pada penulis e book ini....





Terima kasih daun keladi

http://bit.ly/ideapakar

Mempelajari bahasa inggeris secara mudah, praktikal dan bermotivasi

 



http://bit.ly/rahsiakuasaiBI

 Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Saya ada satu cerita nak diceritakan kepada anda. Di suatu tengah hari dalam sebuah bas...

 Pelancong: “Hi, could you please tell me how to go to National Monumen?”
Pelajar nakal 1: “Wei National Monumen tu benda apa?”
Pelajar nakal 2: “Dia nak gi umah Mak Cik Maimun kot.”
Pelajar nakal 1: "Hish takkan lah dia datang jauh-jauh nak cari rumah Mak Cik Maimun. Ok you go straight.. don’t belok-belok. Don’t belok-belok! Straighttt jer... Ok?”
Pelancong: (Bingung)
Pelajar contoh: "Miss, I can help you, if you wanna go to National Monumen, you go straight and you'll find a sign board. Then follow the sign board".
Pelancong: “Thank you very much.”
Pelajar contoh: “Tu lah, orang suruh belajar tak nak belajar. National Monument tu Tugu Negara la.. Nah baca NST selalu. Senang dapat kerja.”

Mungkin anda pernah tengok iklan ini di kaca TV.
 Ya, iklan ini menggambarkan betapa sebahagian besar masyarakat Malaysia masih lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
Bagaimana pula dengan anda? Apakah situasi anda sama dengan pelajar nakal di atas?
 Maksud saya anda masih lagi tersekat-sekat dan teragak-agak untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun anda seorang pelajar universiti. Rentetan daripada ini juga anda sukar untuk memperoleh pekerjaan setelah menamatkan pengajian kerana masalah komunikasi Bahasa Inggeris.
 Jika jawapan anda ‘Ya’ tidak mengapa. Jangan berdukacita dan gundah gulana.
Sahabat saya saudara Hafiz Lidin kini baru sahaja melancarkan ebook beliau yang bertajuk Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris. Saya beritahu anda, ebook ini lain daripada yang lain. Ia mendedahkan kepada anda strategi yang anda perlu ada untuk menguasai bahasa inggeris.
 Di samping itu, teknik untuk bercakap Bahasa Inggeris dengan lancar juga diterangkan dengan panjang lebar dalam ebook ini. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut,
 sila layari

http://bit.ly/rahsiakuasaiBI

Monday, 8 July 2013

SENARAI PENTAKSIRAN MENGIKUT BAB M/P PSK TINGKATAN.1


TEMA
UNIT
BAND/DISKRIPTOR/EVIDENS
1
PENCAPAIAN
KENDIRI
1
IDENTITI
DIRI
B1D1E1- Menyatakan biodata diri
B2D1E1- Menyenaraikan kelemahan dan kelebihan diri
B3D1E1- Merancang dan melaksanakan aktiviti peningkatan diri
B4D1E1- Menunjukkan kesungguhan untuk mencapai cita-cita.
B5D1E1- Memberi sumbangan kepada sekolah
B6D1E1- Menunjukkan kejayaan dalam bidang yang diceburi.
2
PENYELESAIAN
KONFLIK
B2D2E1- Menyenaraikan ciri-ciri pemilihan rakan sebaya
B3D2E1-Mengamalkan sikap asertif dalam membuat keputusan.
B4D2E1- Menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai.
B5D2E1- Bertindak menyelesaikan konflik secara rasional.
B6D2E1- Sentiasa mengamalkan sikap positif
2
HUBUNGAN
KEKELUARGAAN
3
KELUARGA
BAHAGIA
B1D2E1- Menyatakan latar belakang ahli keluarga
B2D3E1- Menerangkan peranan ahli keluarga.
B3D3E1- Mengamalkan sikap saling membantu ahli keluarga.
B4D3E1- Berkelakuan sopan dan mengamalkan sikap menghormati
B5D3E1- Menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa dan ahli keluarga.
B6D3E1- Bertingkah laku mulia ke arah pembentukan keluarga bahagia.

3
HIDUP
BERMASYARAKAT
4
BANGGA
TERHADAP
SEKOLAH
B1D3E1- Menyatakan maklumat tentang sekolah.
B2D4E1- Menyenaraikan peraturan sekolah.
B2D4E2- Menyatakan tujuan peraturan sekolah.


5
PENJAGAAN
DAN
PENINGKATAN
IMEJ
SEKOLAH
B3D4E1- Melaksanakan tanggungjawab sebagai murid.
B4D4E1- Menunjukkan cara menghormati pelbagai kebolehan dalam komuniti sekolah.
B4D4E2- Bersikap terbuka terhadap pendapat orang lain.
B5D4E1- Menjaga dan memelihara harta benda sekolah.
B5D4E2- Menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah.
B6D4E1- Rela berbakti dan berkhidmat kepada sekolah
4
WARISAN
KEPELBAGAIAN
BUDAYA
MALAYSIA
6
CERITA
RAKYAT
B1D4E1- Menyatakan jenis cerita dari pelbagai kaum di Malaysia.
B2D5E2- Memberi contoh-contoh cerita rakyat yang diketahui.
B2D5E2- Menyatakan tujuan cerita rakyat disampaikan
B3D5E1- Menceritakan semula cerita rakyat yang diketahui.
B4D5E1- Mengumpul koleksi cerita rakyat pelbagai kaum.
B5D5E1- Mempersembahkan koleksi cerita rakyat.
B6D5E1- Mengamalkan nilai-nilai murni.
5
MALAYSIA
NEGARA
BERDAULAT
7
KERAJAAN
DEMOKRASI
B1D5E1- Mnyatakan identiti negara(rukun negara,bendera Malaysia, Lagu Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan, Bunga Kebangsaan dan Jata Negara)
B2D6E1- Menerangkan maksud demokrasi
B2D6E1- Menyenaraikan prinsip-prinsip kerajaan Demokrasi
B3D6E1- Menunjukkan perasaan bangga terhadap negara.
B4D6E1- Melaksanakan sistem demokrasi di sekolah
B5D6E1- Menerima pendapat majoriti dalam membuat setiap keputusan
B6D6E1- Komited dengan setiap amalan demokrasi di sekolah.

6
CABARAN
MASA
DEPAN

8
KESINAMBUNGAN
KESEJAHTERAAN
RAKYAT
B1D6E1- Menyatakan cabaran kesinambungan kesejahteraan rakyat, kesedaran sivik, jati diri, empati terhadap golongan kurang bernasib baik, perpaduan kaum dan kesedaran alam sekitar.
B2D7E1- Menyenaraikan ciri-ciri kehidupan masyarakat yang sejahtera.
B3D7E1-Menyelesaikan masalah atau cabaran yang dihadapi.
B4D7E1- Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
B5D7E1- Mengambil tindakan wajar dalam menangani pelbagai cabaran.
B6D7E1-Menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menangani cabaran

Sunday, 7 July 2013

FAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI IT




Faedah penggunaan laman web dalam pengajaran

1   1.    Mengatasi Masalah Pelajar Lemah Dalam Subjek Kemahiran Hidup
            medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam pembelajaran. Sesetengah mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup  yangmerupakan suatu mata pelajaran yang mencabar dan membosankan bagi sesetengah pelajar. Maka tidak hairanlah ramai pelajar lemah di dalam subjek ini.Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup dapat menarik minat pelajar kepada subjek berkenaan.
            Bagi pelajar yang lemah, guru boleh memberikan tutorial di dalam laman web kepada pelajar.Tutorial melibatkan laman web memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi.

            Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa.Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata pelajaran seperti Sains dan Matematik dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama.


     2.  Merangsang Pelajar Terlibat Untuk Aktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
            Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar.Kriteria ini amat penting menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar dan menggalakkan pelajar-pelajar yang pasif untuk terlibat dalam aktiviti di dalam kelas.
            Perkembangan teknologi komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik, berkesan dan interaktif.
            Memandangkan sekolah merupakan tempat terbaik untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan, maka wajarlah guru menyediakan satu situasi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup yang cukup berkesan dan menyeronokkan melalui kaedah laman web. Salah satu perkara yang perlu ditekankan oleh para guru, contohnya di dalam subjek Kemahiran Hidup ialah apakah cara yang sesuai untuk menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran masing-masing dan boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan bahan teknologi.

3.         Menggalakkan Pelajar Berfikir Dan Menyampaikan Idea
            Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting bagi setiap guru untuk melihat kepada cara-cara penggunaan laman web agar ianya bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan minda pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru kepada mereka.Teknologi komputer terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan laman web boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar Kemahiran Hidup yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dan kemahiran di dalam subjek Kemahiran Hidup dengan cepat dan mudah.
4.         Sistem Yang Boleh Diulang Dan Didokumentasikan
            Untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran pelajar perlu mengulangi pelajaran itu beberapa kali.Kaedah pembelajaran berulang menjadikan sesuatu perkara itu mudah difahami dan diingati lebih lama. Dengan adanya alat bantu mengajar berasaskan laman web, guru tidak perlu menjelaskan sesuatu topik dengan berulang-kali kerana teknologi internet bersifat lebih canggih, boleh didokumentasikan oleh pelajar dan diakses oleh pelajar pada bila-bila masa walaupun tanpa kewujudan guru.
                        Penggunaan perisian berasaskan laman web juga membolehkan pelajar diberikan peluang untuk mempelajari isi kandungan pelajaran secara sendiri di rumah mengikut kemampuan kognitif masing-masing.
5.         Menyeronokkan Dan Meningkatkan Motivasi Pelajar
            Permainan merupakan jenis bahan bantu mengajar berasaskan komputer yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam pembelajaran dalam subjek Kemahiran Hidup. 

sumber rujukan:
 
Jamaludin, M., 1995, Pengajaran Quran Berbantukan Komputer di dalam Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Rosenberg, M.J., 2000, E-Learning, New York: McGraw Hill.