NUFFNANG

Sunday, 14 July 2013

Kaum yang paling tertindas di dunia


 

Hanya dekat dengan Malaysia. Tak perlu pergi ke Afrika atau ke negara ke3 yang nun jauh di sana atau sinun. Tak perlu melihat ke Kurdish atau Kosovo atau Chehnya atau pun negara Balkan yang lain.

 Malahan kita selalu melihat dan terbaca dalam akhbar.

Di kala dunia megalu-alukan keluar pemerintahan tentera dan genggaman kuku besi rejim tentera di Burma, bangsa ini direnyuk hingga relai. Mereka tiada nilai. Selalu mereka tiada pilihan dan hanya perlu keluar dari kampung halaman dengan baju yang lusuh nan sehelai.

Segala kemudahan ditarik, mereka dinafikan pendidikan. Mereka dihadkan untuk melahirkan anak. Masjid dibakar.. perniagaan dipulau. yup boikot!

Inilah hakikatnya bangsa Rohingya. Satu bangsa yang dipadamkan rekod kewujudan oleh kerajaam zalim Burma pada tahun 1982*. Secara rekodnya mereka tidak wujud, mereka tiada negara walaupun telah menetap di bumi Burma sejak kurun ke 8* lagi. ( Bayangkanlah, kerajaan Melaka pun dibuka pada 1396,, i.e kurun ke 14).
Pendatang Cina dan India pun mula dibawa masuk ke Tanah Melayu pada kurun ke 19 atau 20, sekadar perbandingan, dan menjadi warga ketika 1957. Seterusnya kaum kaum ini bukan lagi pendatang, tetapi menjadi rakyat yang sama rata..

Kaum Rohingya adalah kaum yang tertindas didunia, inilah realiti masyarakat moden yang tidak nampak atau hanya kerana mereka Rohingya….

Adakah kerana mereka Muslim..Masih adakah lagi kemanusiaan…?

Pautan

No comments:

Post a Comment