NUFFNANG
Monday, 15 July 2013
RAKYAT MALAYSIA BANYAK BERHUTANG
Bermula pada 5 JULAI 2013, Bank Negara telah menguatkuasakan peraturan baru menghadkan:
(i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun);
(ii) pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan
(iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.
Alasan utama yang diberikan Bank Negara adalah sebagai langkah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.
Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).
Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.
Maklumat lanjut di http://che-armad.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
"Prison not bad," says controversial blogger | theSundaily
-
Gambar dalam kapal terbang mewah milik Sultan Brun... Gambar dalam kapal terbang mewah milik Sultan Brunei ...
-
KUNCI KEJAYAAN AFFILIATE MARKETING Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan dalam talian tetapi tidak pasti dari mana hendak ber...
No comments:
Post a Comment