Faedah penggunaan laman web
dalam pengajaran
1 1.
Mengatasi
Masalah Pelajar Lemah Dalam Subjek Kemahiran Hidup
medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid
dalam pembelajaran. Sesetengah mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup yangmerupakan suatu mata pelajaran yang
mencabar dan membosankan bagi sesetengah pelajar. Maka tidak hairanlah ramai
pelajar lemah di dalam subjek ini.Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup dapat menarik minat pelajar kepada subjek
berkenaan.
Bagi pelajar yang lemah, guru boleh memberikan tutorial di
dalam laman web kepada pelajar.Tutorial melibatkan laman web memperkenalkan
bahan-bahan pembelajaran di sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti
dengan soalan-soalan. Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan
maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji
dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada
pelajar yang berpencapaian tinggi.
Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh
komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau
peristiwa.Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu,
tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan
untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata
pelajaran seperti Sains dan Matematik dan lain-lain yang memerlukan kajian atau
modul atau modul yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama.
2. Merangsang Pelajar Terlibat Untuk Aktif Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran
Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu
matapelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar.Kriteria ini
amat penting menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan
kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar dan menggalakkan
pelajar-pelajar yang pasif untuk terlibat dalam aktiviti di dalam kelas.
Perkembangan teknologi komputer membawa implikasi yang besar
ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat
membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran
dengan lebih menarik, berkesan dan interaktif.
Memandangkan sekolah merupakan tempat terbaik untuk
pelajar menimba ilmu pengetahuan, maka wajarlah guru menyediakan satu situasi
pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup yang cukup berkesan dan
menyeronokkan melalui kaedah laman web. Salah satu perkara yang perlu
ditekankan oleh para guru, contohnya di dalam subjek Kemahiran Hidup ialah
apakah cara yang sesuai untuk menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif
dalam pembelajaran masing-masing dan boleh berkomunikasi dan berinteraksi
dengan bahan teknologi.
3. Menggalakkan Pelajar Berfikir Dan
Menyampaikan Idea
Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting bagi
setiap guru untuk melihat kepada cara-cara penggunaan laman web agar ianya
bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan
minda pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan
baru kepada mereka.Teknologi komputer terkini yang membenarkan integrasi dan
manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan laman
web boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar Kemahiran Hidup yang menyeronokkan
dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dan kemahiran
di dalam subjek Kemahiran Hidup dengan cepat dan mudah.
4. Sistem Yang Boleh Diulang Dan
Didokumentasikan
Untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran pelajar perlu
mengulangi pelajaran itu beberapa kali.Kaedah pembelajaran berulang menjadikan
sesuatu perkara itu mudah difahami dan diingati lebih lama. Dengan adanya alat
bantu mengajar berasaskan laman web, guru tidak perlu menjelaskan sesuatu topik
dengan berulang-kali kerana teknologi internet bersifat lebih canggih, boleh
didokumentasikan oleh pelajar dan diakses oleh pelajar pada bila-bila masa
walaupun tanpa kewujudan guru.
Penggunaan
perisian berasaskan laman web juga membolehkan pelajar diberikan peluang untuk
mempelajari isi kandungan pelajaran secara sendiri di rumah mengikut kemampuan
kognitif masing-masing.
5. Menyeronokkan Dan Meningkatkan Motivasi
Pelajar
Permainan merupakan jenis bahan bantu mengajar berasaskan
komputer yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar akan
membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan
keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu
kemahiran dalam pembelajaran dalam subjek Kemahiran Hidup.
sumber rujukan:
Jamaludin, M., 1995, Pengajaran Quran Berbantukan Komputer di
dalam Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral.
Rosenberg,
M.J., 2000, E-Learning, New York:
McGraw Hill.
No comments:
Post a Comment